Nov 12, 2013

~ pesan abah~

minggu yang memenatkan..dari last week baru balik dari Kelantan..dah mula sakit2 badan..4 hari kat Kelantan memang all out jaga umi..bawak pegi berurut..bawak pegi klinik..dan allhamdulillah..umi dah boleh berjalan sendiri dah sekarang..syukur ya allah..aku x kan putus asa..umi pasti sembuh seperti dulu..!!sampai  je kl dah rasa macam nak demam..sakit badan..dugaan betul dah la cuti dan mc dah xde..kuatkan semangat keje jugak..nasib cousin ada kat rumah boleh lah tolong2 jaga kan amsyar..thank dikgee!!tapi semalam dikgee dah balik rumah dia..so tinggal la aku dan amsyar je..boring jugak berdua je..kat rumah..nak tidur awal pun..jangan harap..si amsyar selagi x jam 12 mana nak tidur..terpaksa aku buat2 tidur dulu..konon2 nya nak suh anak tidur..last aku nya lelap dulu dari dia ..hehehe..

amsyar sekarang dah 2 tahun lebih..aku dan hubby dah discuss n bersedia nak timang anak lagi..tapi belum ada rezeki..insyaallah..anak kedua nanti aku x kisah lelaki atau perempuan..asalkan sihat itu dah cukup..hubby selalu cakap macam mana la nak adik..si amsyar nie manja kededek..asal mama n papa dekat je..ada la dia  mengacau..x bagi chance langsung..hahah..tapi dia la penghibur hati kami..dia la penawar sakit dan lelah kami..bila di fikir2 balik..aku mewarisi perangai abah aku..sangat rapat dengan anak2..antara abah dan umi,kami lebih rapat dengan abah..dia la yang bangun kan kami tidur..dia yang siapkan sarapan bagi..dia la yang cepat tahu bila kami ada masalah..umi pulak lebih serius orangnya..sakit pun disuruh makan ubat.. dah!!!pandai2 la ko makan sendiri..ermm..tapi ada hikmah nya jugak..xde la kami adik beradik manja sangat..

rasa rindu pulak dengan abah..rindu perhatian yang aku dapat dulu..satu benda yang masih segar dalam ingatan aku..abah aku pernah bagitaw dulu yang dia xde harta nak tinggal atau bagi pada aku dan adik2..cuma dia kan pastikan kami semua dapat pendidikan yang secukup-cukupnya..lepas tu pandai2 kami cari harta kami sendiri..kalau abah dah tentukan si kakak dpat Tanah..si adik dapat duit..dia risau kami akan bergaduh adik beradik..jadi peluang yang dia bagi cuma cari ilmu se banyak mungkin..bila dah berkerja..carilah harta sendiri..

seingat aku..selepas aku dapat keje..abah tidak pernah tolong aku dari segi kewangan..sampai la aku kawin..majlis kahwin aku pun..aku gunakan duit aku sendri..ikat perut..keje part time la..semuanya aku buat..asalkan mendatangkan wang..hehe..penat x payah cakap..pagi sampai petang keje..malam mengajar tusyen..weekend pulak pantang ada keje sampingan..tidur kat ofis berhari puan aku x kisah..semua tu mengajar aku erti ketabahan..kadang2 aku nak gelak pun ada..kawan aku pernah risau gila sebab dalam purse dia cuma ada 50 hinggit..aku nie ada 2 hinggit pun x risau pun..dah jadi kebiasaan..hahah..dari situ la aku jadi berani..tak segan..dari zaman belajar aku suka berniagaa..sampai la dah keje..ada je benda yang boleh dijual aku akan jual..semuanya sebab abah!!!

aku pernah bagitaw hubby yang aku akan buat benda yang sama pada amsyar atau anak2 aku nanti..kata hubby..nak simpan duit tu kemana..kalau x bagi kat anak-anak..bukan boleh bawak mati..!!..ermm..bukan nak bawak mati..tapi aku nak dia rasa susahnya cari duit..aku nak dia usaha untuk dapatkan sesuatu yg dia nak..bukan nya..pandai mintak je!!sebab aku tahu..semua benda tu akan ajar dia tentang erti kehidupan..erti bersyukur..sama yang abah buat pada aku adik-adik..

mama akan sediakan keperluan anak-anak mama..kalau nak belajar setinggi mana sekali pun selagi mama bernafas mama akan usahakan..terpulang pada anak mama nak ambik peluang atau tidak..kalau pandai ambik peluang..insyaallah..Berjaya dalam hidup nanti..kalau salah mengunakan peluang..sendiri lah tangung nanti..


dia abah!!

No comments:

Post a Comment