Jun 25, 2014

~kemarau~

dah berbulan2 dah kot cuaca x menentu kat Malaysia nie..kejap panas..kejap hujan..sama lah dengan kesihatan kita pun..kejap ok..kejap demam..kejap selsema..last 2 week..sempat la jugak kami demam berjemaah nie..bermula dengan aku..pastu anak hingga la hubby aku pun demam jugak.demam atau selsema nie ..kalau orang tua cam aku dan hubby aku nie xpe la jugak..kalau libatkan anak aku nie yang risau sikit..amsyar nie kalau selsema mesti lama..pastu mula la malam meragam..tidur pun x lena sangat..susah nak bernafas..tambahan pulak duk nursery lagi le susah nak baik..rasanya..kalau dah sekali demam hampir sebulan la jugak baru ok..

kat sini aku nak share nasihat kesihatan pada orang ramai pada musim kemarau nie..:-

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepalaKeletihanLemah tumpuanPeningLemah otot–otot atau kekejanganMual dan muntahKeadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan>>Hadkan aktiviti luar>>Kerap berehat>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.>>Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.>>Bersenam dalam cuaca panas
5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
>>Keluar dari kawasan yang panas>>Tanggalkan pakaian yang ketat>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan>>Minum air setiap 15 minit>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 
 
gambar sekadar hiasan
 
nota kaki:- sama2 la kita jaga kesihatan ye..tambahan lagi dah dekat nak puasa nie..btw selamat berpuasa semua..
 

Jun 24, 2014

~koorang macam aku tak??~

kelam kabut di waktu pagi??biasa sangat je kan??..kadang-kadang rasa kaki tangan semua nak guna..dah x cukup dah tangan nie..tambahan lagi dengan peel aku nie yang memang susah nak bangun awal..kalau terjaga awal pun mesti tidur balik..xde la nak siap2 awal2 nie..kelam kabut jugak la yang aku suka..pastu naik keta siap berpeluh2..mana x nya terkejar2..nak hantar anak pergi sekolah lagi..biasanya aku akan keluar dari rumah jam 8.15 pagi..hantar anak pergi school nak terus pegi keje..sempat la sampai kul 9 kat tempat keje..tapi ada gak kul 8.45 baru keluar rumah..yang nie memang la..kalau boleh nak terbang je senang ..biar cepat sikit..
 
aku punya tabiat nie..sebelum keluar dari rumah..tak kiralah nak pergi keje ke..atau nak keluar pegi mana2 sekali pun..aku akan pastikan semua keje beres..kat rumah..tersusun dan rapi..hubby selalu bising..kalau nak keluar..dia akan pasti aku aku siap dulu..sebabnya..aku akan kemas rumah dulu..baru la mandi n bersiap nak keluar..kadang2 dia sempat lepak2 main gitar dulu..sementara nak tunggu aku siap..aku pun x tahu le..peel dari mana aku dapat..tapi aku buat semua keje dulu bila nak keluar untuk mengelakkan bad mood bila balik rumah..ye la..balik dah la penat..pastu sampai rumah je..tengok pinggan mangkuk x basuh..rumah bersepah..mesti la bad mood kan??..kalau weekend xpe la..nie setiap pagi before pergi keje pun aku terkejar2 settlekan keje rumah dulu and baru la pergi keje..kalau ikutkan memang la penat..aku dah try dah pergi je keje tanpa settelkan keje rumah lastly asyik teringat kan keje kat rumah pulak..Nampak nya x berjaya..jadi biar la aku terus la macam nie...
 
 
 
Yang pertama aku akan pasti kan sebelum keluar rumah ..katil berkemas elok ..aku nie paling pantang kalu nak tidur katil x kemaskan dulu..sure x leh tidur..kadang2 hubby duk atas katil kejap je..bila dia bangun aku dah betul kan balik..hahahha..lawak pun ada jugk..
 
 
 
yang kedua..aku akan pasti kan tingkap bilik temu nie terbuka,.xnak la balik keje nanti bilik bau kepam je..
 
 
 
 ke tiga..aku akan pastikan tingkat terbuka n bilik anak aku kemas dulu..bilik nie yang paling banyak digunakan selepas master bedroom so kalau x buka tingkap kepam la jawabnya..
 
 
 
 seterusnya..aku pastikan ruang tamu kemas dan meja semua dah di lap..kat rumah banyak cermin2 so kalau x lap..mudah sangat Nampak habuk2 nie..
 
 
 
 
 
 okey..n then ke dapur..pastikan gas semua tutup..lauk2 yang nak simpan dah masukkan dalam peti ais..nak makan balik bila balik keje nanti senang..panas kan je..
 
 
 pastu..pinggan mangkuk semua dan berbasuh..botol susu anak dah tersusun..biasa balik school anak aku suka mintak susu..jadi nak buat senang..semua dah siap..
 
 
 
okey last sekali..pasti kan pintu dapur semua terkunci..pintu bilik air tertutup..baru la boleh pegi keje dengan tenang...
 
 
yang nie pulak..sambil lalu nak keluar rumah..leh la betul2 kan kerusi kat meja makan nie dulu..hahah..dah habit kan..so sambil jalan pun leh buat keje..
 
 
perempuan mmg macam nie kan..lagi detail dari lelaki..nak keluar rumah je..macam2 dia fikir..yang nie dah buat ke?yang nie dah kunci ke?ada kegunaan jugak..sifat suka berfikir perempuan nie..kan??heheh

Jun 15, 2014

~Hanya tahu "i love you"

Hanya tahu I love you..xnak cakap lebih2..xnak puji lebih2..xnak kutuk lebih2..aku dah tahu..anak pun dah tahu..you're the best husband n partner in the world.malas nak bagi ayat2 cliche nie..sayang kamu la..bertuah dapat kamu la..kita dah tahu semua tu..
 
"happy anniversary pa..kita dah 4 tahun..dan saya masih nak 200 atau lebih tahun lagi bersama kamu"
 
 








Jun 4, 2014

~family time~




 kata hubby..aku sibuk sebelakangan ini..tiada masa untuk dia dan amsyar..sedikit sebanyak luahan hati dia tu terkesan pada aku..ermm..mmg ler aku sibuk..banyak benda nak difikir dan diuruskan..semua nya terpaksa aku tanggung..kadang2 badan dan keupayaan mental aku nie pun x tertanggung.tu yang mula nak stress dan sakit2 tu..weekday aku busy dengan keje..weekend pulak aku kena balik kampong untuk uruskan mak aku yang sakit...kalau x balik pun mesti ada yang perlu diselesai kan..xmintak okey untuk tanggung beban yang macam nie..tapi aku tahu allah sedang menguji aku..menguji suamiku..insyaallah ada ganjaran yang besar dihadapan.

last 3 week kami semua ke Terengganu..untuk majlis convocation adik bongsu aku..minggu seterusnya aku balik lagi Kelantan untuk hantar bibik ke rumah mak aku..terpaksa jugak ambik bibik nak tolang jaga kan mak aku tu..bukan ape..cuma nak pastikan dia terjaga elok je..boleh pergi tandas atau mandi dengan teratur..makan semua ada yang jaga..tu je la yang mampu aku buat sekarang nie..pohon dipermudahkan jalan oleh allah..dan selamat la semuaanya..amin..

so weekend hari tu free la sikit..boleh la plan keluar jalan2 dengan amsyar..kesian je dia asyik main toy dalam umah je..yang bestnya hari tu hubby tiba2 lak ajak pg dataran putra..sebelum nie punya la susah nak ajak pegi sana..parking xde la..orang ramai la..sekali pegi hari tu..dia yang lebih excited dari amsyar...satu hari tu amsyar xtidur..otw balik tu naik je kereta..baru la lena sampai ke pagi..penat sangat la tu kot..aku n hubby pun sama..penat tapi happy je boleh spend time together..walau sesibuk mana pun kita..jangan lupa untuk berhibur dengan keluarga..waktu kanak2 mereka bukannya lama..kalau hilang xmungkin kita boleh ulang balik..pesanan untuk diri aku sendiri..~~