Nov 21, 2013

~kalau bukan isteri sape lagi~

biar le orang nak cakap aku cerewet ke!!..biarlah hubby nak bising bila aku paksa dia makan supplement!!biar la anak aku nak nagis bila aku paksa dia minum macam-macam!!biar..biar!!aku tahu ape yang aku buat..mencegah lebih baik dari merawat kan??kalau tak aku yang sebagai isteri solehah dan ibu mithali nie..sape lagi kan??hahaha
 
tak tahu ler aku nie ikut jejak sape..kalau di ikutkan umi dan abah aku bukan jenis yang suka makan ubat atau supplement kesihatan nie..tapi allhamdulillah..aku nie sememangnya jenis yang agak senang makan ubat ataupun supplement..dari zaman muda lagi..ramai je yang boleh makan supplement nie..tapi x ramai yang boleh disiplinkan diri kan?mesti lupa la..xpun malas..macam hubby aku..alasan yang dia selalu bagi lupa nak makan..patutla satu vitamin pun berbulan2 nak habis..
 
sekarang nie aku nak share dengan ko orang semua supplement yang aku ambik dan sediakan untuk family kecil aku nie..setakat ni hasil dia sangat memuaskan..supplement nie kena diambil dalam tempuh yang lama..maknanya ken continue makan..bukan makan sebulan pastu xde hasil dah nak stop!ubat yang baik xde bertindak dalam masa singkat....bila rasa xde hasil mula la nak complain ubat tu x bagus la..supplement nie tah ape2 la..ko tu yang sengal sebenarnya..hehehe
 
(nie hubby punya)penerangkan kita mat salleh punya ye..dah google melayu x jumpa la pulak..

  • Blackmores Multivitamins + Minerals contains essential vitamins and minerals to provide your body and mind with all-round nutritional support and help maintain health every day. It helps supplement an unbalanced diet in one-a-day dose.

 (nie pulak kita punya!!auwww..gedik2sikit..untuk suami u!!!ko??ada??)hahah

  • Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

 
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

 
  • nie pulak khasiat jamu seri bonda:
 

 
 
KETATkan otot faraj
POWER GRIP
Mengembalikan keinginan bersama suami
Membekal TENAGA Tambahan
MENEGANGKAN & MENGANGJALKAN payudara
Mengurangkan risiko kanser SERVIKS & PAYUDARA
Menghangatkan HUBUNGAN INTIM
Membantu Mendapatkan ZURIAT
Merawat masalah KEPUTIHAN
Mencegah & merawat BAU yang kurang enak di bahagian vagina
Menghilangkan GATAL-GATAL di bahagian VAGINA
MNCANTIK & MENGANJALKAN struktur KULIT
Membantu MENCERAHKAN KULIT
AWET MUDA & WAJAH BERSERI
Melancarkan peredaran DARAH
Melancarkan SENGGGUT & menstabilkan KITARAN HAID
Melegakan KEKEJAGAN OTOT badan 
Melawaskan pembuangan AIR BESAR & KECIL
 Tubuh akan terasa lebih RINGAN
Baik untuk pesakit KENCING MANIS ( Membantu menghilangkan kesan hitam pada kulit)
Membantu mengatasi masalah REKAHAN TUMIT KAKI 




(nie yogi mogi punya)
 
Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
 
rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
sesuai untuk seisi keluarga
Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
Meningkatkan selera makan anak
Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
 khasiat vitamin Qgummy:
 
Vitamin C yang tinggi untuk
meningkatkan daya tahan badan
dan mengelak dari selsema serta
batuk

al kisah side table~

al kisahnya nak beli side table nie..since raya ai tu lagi..tapi aku xberape sihat kan..so terus lah terbantut..bulan nie baru kesempatan nak pergi survey dan beli side table nie..dah menjadi tabiat aku..nak beli ape2 suka survey2 banyak tempat..padahal beza harga xde la banyak sangat..selagi oleh save aku save..boleh la guna duit tu untuk beli benda lain kan?side table nie aku beli kat area rumah aku je..punya la banyak tempat survey..sampai ke puchong..subang perdana..last dekat rumah je aku beli..murah U!!!sape x nak..tokey dia kena pujuk2 sikit dah setuju nak kurangkan harga..hahah..hubby?macam biasa la bila aku tawar menawar..tengok je belakang dia dah lesap...hahaha..
 
 
 nie side table dalam master room..cadang nak letak frame atau lain2 perhiasan..macam kosong je?..macam kosong je?? tapi x jumpa yang berkenan lagi so letak je la lampu dulu..xde fungsi pun lampu tu..anak aku bukan boleh bukak lampu romantik2 macam tu..mula la nagis..cakap takut2..aku nie pulak x berape nak berani..so baik la ku x payah guna lampu nie..jadi perhiasan sudah la..aku beli lampu nie kat ikea..murah je..Nampak simple..x la besar sangat sebab bilik aku pun xde la luas mana pun..hehe..


 
 pergi bali 2 tahun lepas ada la aku beli kelambu yang ala gedik-gedik sikit..ingat nak gantung kat master room..hubby pulak rimas..rimas ape tah..aku pun xtahu..so kesudahan nya simpan la dulu dalam almari..mana la tahu kot-kot dia ubah fikiran pulak..boleh la aku gedik-gedik sikit dalam bilik tuh..hehe

 
 okey..yang nie pulak untuk bilik tetamu..aku beli warna ala-ala hitam sikit..matching dengan katil..konunnya nak buat ala-ala bali kan??so letak la dulang yang aku beli kat bali tu..tapi bila tengok balik xde bali sangat pun..hahah..hentam jela labu..asalkan aku Nampak berkenan..


 
ikutkan hati nie banyak benda nak beli tapi pelan2 je la..banyak lagi masa..kan..??mintak dimurahkan rezeki je..amin..hehe

Nov 18, 2013

~bagaimana nak gumbira!!~

yuhuuuu!!!..ai nie banyak sangat keje kat ofis nie..rasa nak buat guna kaki je..tangan dua dah x cukup..heheh..nie baru habis meeting so boleh la aku rest sekejap..erm..pernah x korang tiba2 rasa kurang bermotivasi?kurang semangat?penat dengan kehidupan?mesti pernah kan??kan??kan?jangan tipu!!ko ingat ko robot ke nak ok je setiap masa??eleh!!

aku x nak hipokrit..buat ok depan orang..nak tunjuk diri kuat walhal kita terlalu lemah..lemah nak dibandingkan dengan kuasa allah..biasa bila nak ok kan mood aku balik..aku suka google website2 tentang kaunseling dan motivasi..sekarang nie nak movasikan diri xperlu cari buku kat kedai buku..google je..macam2 boleh baca..kuasa dihujung jari kan???

al kisah nya jumpa satu website nie http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/buletin.php
cerita nya  Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa...nak share dengan koorang !!jom baca!!

Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

6. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

7. Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.
 
 
nota kaki: kan aku dah cakap..xbyh beli buku..Tanya je en google..heheh
 
 
 

Nov 12, 2013

~ pesan abah~

minggu yang memenatkan..dari last week baru balik dari Kelantan..dah mula sakit2 badan..4 hari kat Kelantan memang all out jaga umi..bawak pegi berurut..bawak pegi klinik..dan allhamdulillah..umi dah boleh berjalan sendiri dah sekarang..syukur ya allah..aku x kan putus asa..umi pasti sembuh seperti dulu..!!sampai  je kl dah rasa macam nak demam..sakit badan..dugaan betul dah la cuti dan mc dah xde..kuatkan semangat keje jugak..nasib cousin ada kat rumah boleh lah tolong2 jaga kan amsyar..thank dikgee!!tapi semalam dikgee dah balik rumah dia..so tinggal la aku dan amsyar je..boring jugak berdua je..kat rumah..nak tidur awal pun..jangan harap..si amsyar selagi x jam 12 mana nak tidur..terpaksa aku buat2 tidur dulu..konon2 nya nak suh anak tidur..last aku nya lelap dulu dari dia ..hehehe..

amsyar sekarang dah 2 tahun lebih..aku dan hubby dah discuss n bersedia nak timang anak lagi..tapi belum ada rezeki..insyaallah..anak kedua nanti aku x kisah lelaki atau perempuan..asalkan sihat itu dah cukup..hubby selalu cakap macam mana la nak adik..si amsyar nie manja kededek..asal mama n papa dekat je..ada la dia  mengacau..x bagi chance langsung..hahah..tapi dia la penghibur hati kami..dia la penawar sakit dan lelah kami..bila di fikir2 balik..aku mewarisi perangai abah aku..sangat rapat dengan anak2..antara abah dan umi,kami lebih rapat dengan abah..dia la yang bangun kan kami tidur..dia yang siapkan sarapan bagi..dia la yang cepat tahu bila kami ada masalah..umi pulak lebih serius orangnya..sakit pun disuruh makan ubat.. dah!!!pandai2 la ko makan sendiri..ermm..tapi ada hikmah nya jugak..xde la kami adik beradik manja sangat..

rasa rindu pulak dengan abah..rindu perhatian yang aku dapat dulu..satu benda yang masih segar dalam ingatan aku..abah aku pernah bagitaw dulu yang dia xde harta nak tinggal atau bagi pada aku dan adik2..cuma dia kan pastikan kami semua dapat pendidikan yang secukup-cukupnya..lepas tu pandai2 kami cari harta kami sendiri..kalau abah dah tentukan si kakak dpat Tanah..si adik dapat duit..dia risau kami akan bergaduh adik beradik..jadi peluang yang dia bagi cuma cari ilmu se banyak mungkin..bila dah berkerja..carilah harta sendiri..

seingat aku..selepas aku dapat keje..abah tidak pernah tolong aku dari segi kewangan..sampai la aku kawin..majlis kahwin aku pun..aku gunakan duit aku sendri..ikat perut..keje part time la..semuanya aku buat..asalkan mendatangkan wang..hehe..penat x payah cakap..pagi sampai petang keje..malam mengajar tusyen..weekend pulak pantang ada keje sampingan..tidur kat ofis berhari puan aku x kisah..semua tu mengajar aku erti ketabahan..kadang2 aku nak gelak pun ada..kawan aku pernah risau gila sebab dalam purse dia cuma ada 50 hinggit..aku nie ada 2 hinggit pun x risau pun..dah jadi kebiasaan..hahah..dari situ la aku jadi berani..tak segan..dari zaman belajar aku suka berniagaa..sampai la dah keje..ada je benda yang boleh dijual aku akan jual..semuanya sebab abah!!!

aku pernah bagitaw hubby yang aku akan buat benda yang sama pada amsyar atau anak2 aku nanti..kata hubby..nak simpan duit tu kemana..kalau x bagi kat anak-anak..bukan boleh bawak mati..!!..ermm..bukan nak bawak mati..tapi aku nak dia rasa susahnya cari duit..aku nak dia usaha untuk dapatkan sesuatu yg dia nak..bukan nya..pandai mintak je!!sebab aku tahu..semua benda tu akan ajar dia tentang erti kehidupan..erti bersyukur..sama yang abah buat pada aku adik-adik..

mama akan sediakan keperluan anak-anak mama..kalau nak belajar setinggi mana sekali pun selagi mama bernafas mama akan usahakan..terpulang pada anak mama nak ambik peluang atau tidak..kalau pandai ambik peluang..insyaallah..Berjaya dalam hidup nanti..kalau salah mengunakan peluang..sendiri lah tangung nanti..


dia abah!!