Dec 23, 2013

garangku bertempat..

Mata ku kalau diikutkan..memang dah x boleh buka nie..tapi budak bulat sorang nie masih active..xde jalan nak tidur dalam masa terdekat nie..so update blog dulu la..kebiasaan sebelom jam 12 malam aku akan pastikan dia dah tidur..aku nie bila letih sangat kadang2 aku yang lelap dulu dari dia..tapi kalau hubby keje malam terpaksa la tahan mata nie..risau nak tidur selagi dia x tidur esok mula la membuta kat ofis..heheh..bila cakap pasal disiplin  anak nie..bukan senang nak bentuk ye..budak kan??mana la dia tahu ape..sakit nagis..lapar nagis..xdapat ape dia nak nagis!!!tu je la dia tahu kan??amsyar wartu dia kecil2 dulu sangat senang diuruskan..sama macam papa dia..tapi bila dah besar sikit nie .macam2 la pulak ragam dia..kadang2 pening jagak aku dengan kerenah dia..tapi aku tetap berpendapat yang anak nie.kita yang bentuk dia..xkira la dah besar ke atau dia masih kecik lagi..

Macam si amsyar nie..dari kecik lagi aku dan hubby akan pasti kan dia tidur pada wartu yg ditetapkan..xkan lebih dari kul 12..bukan ape..kalau dilayan memamg la kul 2,3 xtidur lagi..pastu kita yang teruk kat tempat keje nanti..bangun tidur pun sama..paling lambat kul 8 pagi aku dah pastikan dia dah bangun..walaupun dia tidur lambat macam mana sekali pun..sebelum kul 9 pagi aku akan kejutkan dia bangun jugak..macam kejam pulak..aku bukan ape..nak pasti kan dia boleh ikut dengan ape yang aku aturkan untuk dia..

Sama jugak bila dia main..selepas dia main..aku akan pastikan dia simpan balik semua maianan dia balik dalam bilik toy tue..jadi aku dah x payah susah kemas dah..amsyar nie boleh dikatakan agak senang diajar n dibentuk jugak..so lepas main je dia akan pekik..simpan!!!!kuat2..tu tandanya dia dah nak naik tidur..hehe..tapi ada jgk time bila dia malas..time tu ko suruh la ape pun ..dia xlayan pun..hehe..

Ermmm..okey..kalau dia minum susu pun..botol susu aku dh ajar letak dlm sink siap2..dulu dia okey je..lepas minum terus pg dapur..letak botol dalam sink..tapi sekarang nie selalu lupa..tapi bila cakap elok2 balik..sure dia akan letak botol susu dia kat tempat sepatutnya..aku dari kecik lagi..umi aku dah ajar semua benda aku buat sendiri..xmenharapkan orang lain buatkan untuk aku..tu yang terbawak2 dlm cara nak besarkan amsyar..tapi bila tengok dia.cam kesian pulak..paksa suh buat tu..buat nie..hahaha..tapi xpe...mum know best kan???so ikutkan je la ye..hehe.




Dec 18, 2013

~cuti hujung tahun~

citer lama!!dah berape hari aku upload picture kat blog nie..tapi xsempat pun nak type isi nya..petang nie agak free sikit di ofis..boleh la update blog aku nie..citer dah lama dah..awal bulan lagi..tapi nak citer jugak..xnak tahu??xpe xyah baca..hehe..
al kisahnya nya..kebiasaan ujung bulan aku balik Kelantan..sejak umi aku sakit nie..ujung bulan je aku akan luangkan masa untuk balik jengok umi aku kat kampong..tapi kali nie aku angkut sekali suami dan anak..so alang2 dah balik semua nie..spend la duit sikit belanja hubby untuk celebrate birthday dia..asalnya nak bermalam di tok bali resort..tapi penuh la pulak..al maklum lah cuti sekolah..nak pergi ai jumaat lak tu..memang la penuh,.ejas punya ejas..dapat la satu resort nie..kawan cousin aku punya..nama nya sedara beach resort..http://www.sudarabeachresort.com.my/ nak tahu lebih lanjut..tengok nie..hehe
 
harga bilik xde la mahal sangat..harga bergantung lokasi bilik..ada sea view..pool view n garden view..aku ambik pool view dan adik aku ambik garden view..bukan ape dekat dengan pool senang sikit anak aku nak mandi2..lagi pun umi aku bukan boleh jalan jauh2..kami sampai hari tu pun dah kul 4 petang..sampai je terus mandi kat pool..aku pun lama gila x mandi manda nie..mula2 ajak anak aku mandi tapi dia xnak..serabut katanya..amboi!!susah payah aku bawak bercuti..dia kata serabut??sama cam bapaknya..bila ajak pegi tempat ramai2 orang..xnak..serabut katanya..elok la..anak pulak ikut perangai dia..
 
lepas mandi manda..acara malam hari pulak..celebrate birthday hubby dan umi..save budget..kita sekalikan je..haha..umi Nampak happy je..sorry la mie..kali nie baru de rezeki lebih sikit boleh bawak bercuti..celebrate birthday..insyaallah ada rezeki lebih lagi..kita bercuti jauh sikit..
okey la kot untuk penutup tahun nie..bercuti sambil berjimat cermat..kesan masuk rumah baru masih terasa lagi..so kena berjimat cermat la..janji ada la sedikit kenangan untuk hubby dan family untuk disimpan tahun nie..allhamdulillah
 
 
view depan bilik..(pool view)

view tepi bilik


hubby dan son
 
 









Dec 4, 2013

~makluk tuhan paling istimewa~


 
sebelom aku start buat keje2 ofis yang berlambak nie..ambik mood dulu la update blog..lama pulak rasanya x buat entry baru..biasa la last year macam nie..nak close account la..ape la..so sangat busy la aku di ofis nie..last weekend pun baru balik dari Kelantan..bawak amsyar balik jumpa dengan nenek dia..rindu katanya..last jumpa cucu pun raya hari tue.aku??keadaan hidup aku masih macam tu..macam2 nak di settle kan..macam2 nak kena fikir..tapi aku sedikit tenang dan tabah berbanding dulu..masih bersyukur..at least aku dah berselera makan walaupun macam2 dalam kepala nie..heheh
 
stoppp pasal aku dulu..nak citer pasal birthday "makluk tuhan paling istimewa" nie hah!!semalam 4 dec genaplah 32 tahun umur hubby aku nie..32??jiwa 22 tahun u allsss!!berjiwa muda la katakan ermm..layan kan je la..asal nya macam2 plan dalam kepala nie nak celebrate birthday dia..last satu pun x jadi..tapi mana mungkin aku dah sediakan ape2 untuk birthday dia..lastly aku plan la bercuti kat sedara beach resort di Kelantan tuh..dah alang2 aku nak balik sana..so sekali kan je..boleh bawak mak aku bercuti sama..dalam budget aku yang tak seberapa nie..aku gagahi la jugak..demi orang tersayang..hahha..hope dia happy hari tu.aku tak tahu macam mana nak balas ape yang dia dah buat untuk aku..hanya kasih sayang je la boleh ditunjukkan..selebihnya..serahkan pada allah..
 
"papa..happy birthday yang ke 32..dont worry walaupun umur dah meningkat..sebab sentiasa Nampak muda di mata mama..hahaha (main angin).sorry if ada yang kurang..insyallah kalau mama de rezeki lebih..kita celebrate lagi meriah ye..tak pun papa mintak je sponser dari amsyar..dia kan kaya..heheh..thank you sayang for what u hav done..mama n amsyar sayang kamu ketat2!!"

Nov 21, 2013

~kalau bukan isteri sape lagi~

biar le orang nak cakap aku cerewet ke!!..biarlah hubby nak bising bila aku paksa dia makan supplement!!biar la anak aku nak nagis bila aku paksa dia minum macam-macam!!biar..biar!!aku tahu ape yang aku buat..mencegah lebih baik dari merawat kan??kalau tak aku yang sebagai isteri solehah dan ibu mithali nie..sape lagi kan??hahaha
 
tak tahu ler aku nie ikut jejak sape..kalau di ikutkan umi dan abah aku bukan jenis yang suka makan ubat atau supplement kesihatan nie..tapi allhamdulillah..aku nie sememangnya jenis yang agak senang makan ubat ataupun supplement..dari zaman muda lagi..ramai je yang boleh makan supplement nie..tapi x ramai yang boleh disiplinkan diri kan?mesti lupa la..xpun malas..macam hubby aku..alasan yang dia selalu bagi lupa nak makan..patutla satu vitamin pun berbulan2 nak habis..
 
sekarang nie aku nak share dengan ko orang semua supplement yang aku ambik dan sediakan untuk family kecil aku nie..setakat ni hasil dia sangat memuaskan..supplement nie kena diambil dalam tempuh yang lama..maknanya ken continue makan..bukan makan sebulan pastu xde hasil dah nak stop!ubat yang baik xde bertindak dalam masa singkat....bila rasa xde hasil mula la nak complain ubat tu x bagus la..supplement nie tah ape2 la..ko tu yang sengal sebenarnya..hehehe
 
(nie hubby punya)penerangkan kita mat salleh punya ye..dah google melayu x jumpa la pulak..

  • Blackmores Multivitamins + Minerals contains essential vitamins and minerals to provide your body and mind with all-round nutritional support and help maintain health every day. It helps supplement an unbalanced diet in one-a-day dose.

 (nie pulak kita punya!!auwww..gedik2sikit..untuk suami u!!!ko??ada??)hahah

  • Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

 
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

 
  • nie pulak khasiat jamu seri bonda:
 

 
 
KETATkan otot faraj
POWER GRIP
Mengembalikan keinginan bersama suami
Membekal TENAGA Tambahan
MENEGANGKAN & MENGANGJALKAN payudara
Mengurangkan risiko kanser SERVIKS & PAYUDARA
Menghangatkan HUBUNGAN INTIM
Membantu Mendapatkan ZURIAT
Merawat masalah KEPUTIHAN
Mencegah & merawat BAU yang kurang enak di bahagian vagina
Menghilangkan GATAL-GATAL di bahagian VAGINA
MNCANTIK & MENGANJALKAN struktur KULIT
Membantu MENCERAHKAN KULIT
AWET MUDA & WAJAH BERSERI
Melancarkan peredaran DARAH
Melancarkan SENGGGUT & menstabilkan KITARAN HAID
Melegakan KEKEJAGAN OTOT badan 
Melawaskan pembuangan AIR BESAR & KECIL
 Tubuh akan terasa lebih RINGAN
Baik untuk pesakit KENCING MANIS ( Membantu menghilangkan kesan hitam pada kulit)
Membantu mengatasi masalah REKAHAN TUMIT KAKI 




(nie yogi mogi punya)
 
Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
 
rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
sesuai untuk seisi keluarga
Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
Meningkatkan selera makan anak
Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
 khasiat vitamin Qgummy:
 
Vitamin C yang tinggi untuk
meningkatkan daya tahan badan
dan mengelak dari selsema serta
batuk

al kisah side table~

al kisahnya nak beli side table nie..since raya ai tu lagi..tapi aku xberape sihat kan..so terus lah terbantut..bulan nie baru kesempatan nak pergi survey dan beli side table nie..dah menjadi tabiat aku..nak beli ape2 suka survey2 banyak tempat..padahal beza harga xde la banyak sangat..selagi oleh save aku save..boleh la guna duit tu untuk beli benda lain kan?side table nie aku beli kat area rumah aku je..punya la banyak tempat survey..sampai ke puchong..subang perdana..last dekat rumah je aku beli..murah U!!!sape x nak..tokey dia kena pujuk2 sikit dah setuju nak kurangkan harga..hahah..hubby?macam biasa la bila aku tawar menawar..tengok je belakang dia dah lesap...hahaha..
 
 
 nie side table dalam master room..cadang nak letak frame atau lain2 perhiasan..macam kosong je?..macam kosong je?? tapi x jumpa yang berkenan lagi so letak je la lampu dulu..xde fungsi pun lampu tu..anak aku bukan boleh bukak lampu romantik2 macam tu..mula la nagis..cakap takut2..aku nie pulak x berape nak berani..so baik la ku x payah guna lampu nie..jadi perhiasan sudah la..aku beli lampu nie kat ikea..murah je..Nampak simple..x la besar sangat sebab bilik aku pun xde la luas mana pun..hehe..


 
 pergi bali 2 tahun lepas ada la aku beli kelambu yang ala gedik-gedik sikit..ingat nak gantung kat master room..hubby pulak rimas..rimas ape tah..aku pun xtahu..so kesudahan nya simpan la dulu dalam almari..mana la tahu kot-kot dia ubah fikiran pulak..boleh la aku gedik-gedik sikit dalam bilik tuh..hehe

 
 okey..yang nie pulak untuk bilik tetamu..aku beli warna ala-ala hitam sikit..matching dengan katil..konunnya nak buat ala-ala bali kan??so letak la dulang yang aku beli kat bali tu..tapi bila tengok balik xde bali sangat pun..hahah..hentam jela labu..asalkan aku Nampak berkenan..


 
ikutkan hati nie banyak benda nak beli tapi pelan2 je la..banyak lagi masa..kan..??mintak dimurahkan rezeki je..amin..hehe

Nov 18, 2013

~bagaimana nak gumbira!!~

yuhuuuu!!!..ai nie banyak sangat keje kat ofis nie..rasa nak buat guna kaki je..tangan dua dah x cukup..heheh..nie baru habis meeting so boleh la aku rest sekejap..erm..pernah x korang tiba2 rasa kurang bermotivasi?kurang semangat?penat dengan kehidupan?mesti pernah kan??kan??kan?jangan tipu!!ko ingat ko robot ke nak ok je setiap masa??eleh!!

aku x nak hipokrit..buat ok depan orang..nak tunjuk diri kuat walhal kita terlalu lemah..lemah nak dibandingkan dengan kuasa allah..biasa bila nak ok kan mood aku balik..aku suka google website2 tentang kaunseling dan motivasi..sekarang nie nak movasikan diri xperlu cari buku kat kedai buku..google je..macam2 boleh baca..kuasa dihujung jari kan???

al kisah nya jumpa satu website nie http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/buletin.php
cerita nya  Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa...nak share dengan koorang !!jom baca!!

Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

6. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

7. Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.
 
 
nota kaki: kan aku dah cakap..xbyh beli buku..Tanya je en google..heheh
 
 
 

Nov 12, 2013

~ pesan abah~

minggu yang memenatkan..dari last week baru balik dari Kelantan..dah mula sakit2 badan..4 hari kat Kelantan memang all out jaga umi..bawak pegi berurut..bawak pegi klinik..dan allhamdulillah..umi dah boleh berjalan sendiri dah sekarang..syukur ya allah..aku x kan putus asa..umi pasti sembuh seperti dulu..!!sampai  je kl dah rasa macam nak demam..sakit badan..dugaan betul dah la cuti dan mc dah xde..kuatkan semangat keje jugak..nasib cousin ada kat rumah boleh lah tolong2 jaga kan amsyar..thank dikgee!!tapi semalam dikgee dah balik rumah dia..so tinggal la aku dan amsyar je..boring jugak berdua je..kat rumah..nak tidur awal pun..jangan harap..si amsyar selagi x jam 12 mana nak tidur..terpaksa aku buat2 tidur dulu..konon2 nya nak suh anak tidur..last aku nya lelap dulu dari dia ..hehehe..

amsyar sekarang dah 2 tahun lebih..aku dan hubby dah discuss n bersedia nak timang anak lagi..tapi belum ada rezeki..insyaallah..anak kedua nanti aku x kisah lelaki atau perempuan..asalkan sihat itu dah cukup..hubby selalu cakap macam mana la nak adik..si amsyar nie manja kededek..asal mama n papa dekat je..ada la dia  mengacau..x bagi chance langsung..hahah..tapi dia la penghibur hati kami..dia la penawar sakit dan lelah kami..bila di fikir2 balik..aku mewarisi perangai abah aku..sangat rapat dengan anak2..antara abah dan umi,kami lebih rapat dengan abah..dia la yang bangun kan kami tidur..dia yang siapkan sarapan bagi..dia la yang cepat tahu bila kami ada masalah..umi pulak lebih serius orangnya..sakit pun disuruh makan ubat.. dah!!!pandai2 la ko makan sendiri..ermm..tapi ada hikmah nya jugak..xde la kami adik beradik manja sangat..

rasa rindu pulak dengan abah..rindu perhatian yang aku dapat dulu..satu benda yang masih segar dalam ingatan aku..abah aku pernah bagitaw dulu yang dia xde harta nak tinggal atau bagi pada aku dan adik2..cuma dia kan pastikan kami semua dapat pendidikan yang secukup-cukupnya..lepas tu pandai2 kami cari harta kami sendiri..kalau abah dah tentukan si kakak dpat Tanah..si adik dapat duit..dia risau kami akan bergaduh adik beradik..jadi peluang yang dia bagi cuma cari ilmu se banyak mungkin..bila dah berkerja..carilah harta sendiri..

seingat aku..selepas aku dapat keje..abah tidak pernah tolong aku dari segi kewangan..sampai la aku kawin..majlis kahwin aku pun..aku gunakan duit aku sendri..ikat perut..keje part time la..semuanya aku buat..asalkan mendatangkan wang..hehe..penat x payah cakap..pagi sampai petang keje..malam mengajar tusyen..weekend pulak pantang ada keje sampingan..tidur kat ofis berhari puan aku x kisah..semua tu mengajar aku erti ketabahan..kadang2 aku nak gelak pun ada..kawan aku pernah risau gila sebab dalam purse dia cuma ada 50 hinggit..aku nie ada 2 hinggit pun x risau pun..dah jadi kebiasaan..hahah..dari situ la aku jadi berani..tak segan..dari zaman belajar aku suka berniagaa..sampai la dah keje..ada je benda yang boleh dijual aku akan jual..semuanya sebab abah!!!

aku pernah bagitaw hubby yang aku akan buat benda yang sama pada amsyar atau anak2 aku nanti..kata hubby..nak simpan duit tu kemana..kalau x bagi kat anak-anak..bukan boleh bawak mati..!!..ermm..bukan nak bawak mati..tapi aku nak dia rasa susahnya cari duit..aku nak dia usaha untuk dapatkan sesuatu yg dia nak..bukan nya..pandai mintak je!!sebab aku tahu..semua benda tu akan ajar dia tentang erti kehidupan..erti bersyukur..sama yang abah buat pada aku adik-adik..

mama akan sediakan keperluan anak-anak mama..kalau nak belajar setinggi mana sekali pun selagi mama bernafas mama akan usahakan..terpulang pada anak mama nak ambik peluang atau tidak..kalau pandai ambik peluang..insyaallah..Berjaya dalam hidup nanti..kalau salah mengunakan peluang..sendiri lah tangung nanti..


dia abah!!

Oct 29, 2013

~ Bahagia~

Seperti gerimis lagi menyenangkan dari hujan..
seperti berjalan lagi membuatkan ku tenang dari berlari..
dan gelap membuatku lagi aman dari terang...
 
hidup  tidak la seteruk yang kita bayangkan..walaupun kita tidak bernasib baik..tidak mendapat ape yang kita inginkan dalam hidup..belom tentu hidup kita tidak ada kebahgiannya..semuanya terletak pada diri sendiri..jika kita memilih tidak bahagia..susahlah hidup kita..kalau kita memilih untuk gembira..gembira la perjalanan hidup kita..tepuk dada Tanya selera..selagi allah di hati..semuanya akan baik2 saja.setiap yang di aturkan allah pasti ada kebaikkan nya..yakin pada allah..!!
 
~DAN AKU MEMILIH UNTUK BAHAGIA~
 
 

Oct 28, 2013

~hari-hari tengok~



sooooooo cute rite?????eis..makin kuat semangat nak hantar anak kelas muzik nanti..kata orang music boleh bagi anak cerdik..ermm..bagi aku x salah belajar muzik atau main alat music..tapi jangan sampai jadi najis!!!hahahha

Oct 21, 2013

~kalau aku kaya~

bila sudah ada rumah sendiri nie..macam2 pulak rasa nak buat kat rumah nie..kalau la aku kaya??berangan je kan..kat ofis sekarang nie..pantang masa free sikit mula la tengok blog2 orang yang gemar hiasa2 rumah nie..mana la tahu dapat idea nak buat untuk rumah sendiri..biasa website yang aku biasa usha SSF dan ikea la..kot2 ada sale..nak beli time x sale..mak oiii..xmampu den..dengan kewangan yang tidak memberangsangkan nie..berangan dulu tak salah kan..de duit nanti kita buat la..
 
 
 
 firstly..berkenan sangat kat side table nie..picture aku ambik kat blog aku bukan bidadari.harga dia rm400..kan aku dah cakap barang umah nie..harga dia boleh tahan jugak..tapi berkenan punya pasal..akan aku usahakan jugak..nak mintak dengan hubby??ummh..sure dia cakap tu kehendak..bukan keperluan..sekarang dah boleh imagine mana aku nak letak side table nie..plan nak letak kat ruang tamu..pastu letak pasu n bunga kat atas dia..sure la jadi tempat kegemaran anak aku nanti..dia tuh pantang..kalau ada benda menarik untuk dijadikan mainan..




 
 
 
 
 
Kedua pulak..aku plan nak cat dinding area tangga,..kosong sangat bila tengok area tuh..rasa nya nak cat dengan warna gray kat atas tuh..lepas cat aku nak gantung frame berbingkai hitam kat situ..ermm..berkenan nya..tapi nak upah orang cat mahal jugak..nak suh hubby je cat..dia busy je..upah orang buat pun mesti mahal..kena kumpul duit dl la kot..
 
 
last sekali..wallpaper kat guest room nie..dinding kat sana teruk sangat dah aku tengok..nak cat??aku xberkenan sangat cat2 banyak nie..kalau guna wallpaper pun sikit je kot sebab bilik tuh kecik je..dah survey harga dia..dalam rm 350 je..insyaallah..ada rezeki nanti aku buat..benda2 nie semua terpaksa guna duit sendiri..sebab ini semua KEHENDAK BUKAN KEPERLUAN..hahah

Oct 16, 2013

Abu Al Ghazali (Ahmad Dhani) - Jika Cinta Allah (HD)



tiba2 aku kuat...
tiba2 aku sayang..
tiba2 aku boleh bernafas..
tiba2 aku rasa ingin bangkit..
tiba2 rasa tiada batu menghempap..
tiba2 rasa kenapa mau bersedih..
tiba2 aku sedar..
tiba2 aku tersenyum..

Oct 8, 2013

~Kesyukuran N Amsyar's party

okey...keje banyak tapi menyempat update blog..seligi kang??xpe2 kita rest jap..mata pun dah mengantuk nie..kali nie aku nak share pasal majlis kesyukuran dan birthday party amsyar yang ke 2..syukur allhamdulillah..semua berjalan lancar..jemputan dalam 150 org..mula2 aku dan hubby cuak jugak kot2 xde yg datang..syukur sangat ramai yang datang..habis semua makanan okey!!..happynya sebab x payah membazir..yang paling best dapat jumpa kawan2 lama..ada yang bertahun2 aku x jumpa..semua dapat jumpa kat rumah aku hari tu..penat sememangnya penat..tapi xpe aku happy sangat....amsyar pun Nampak happy..sampai kan satu hari tak tidur..ramai kawan katakan..
 
ya allah..aku harap kau sembuhkan la umi aku seperti sedia kala..kau murahkan rezeki dari segi kesihatan padanya ya allah..hanya itu yg aku mahukan sekarang nie..semuanya aku sedekahkah pada nya..agar kau permudahkan semua urusannya..amin..



Oct 2, 2013

~perempuan~

lama pulak rasanya tidak meluahkan perasaan disini..busy menguruskan kehidupan..baru ok dari sakit..terpilih untuk menerima ujian yang lain..mak aku pulak sakit..TERTEKAN??allah saja yang tahu.setiap masa aku fikirankan keadaan umi aku.dah la aku jauh dengan dia..kalau boleh nak pastikan dia terurus..makan ubat ikut masa..tapi ape kan daya..aku pun ada tangungjawab aku disini..nak bawak dia duk sini??erm..sure dia x nak..orang tua biasa la..sakit ke ..sunyi ke..mana nak tinggal umah sendiri lama2..setiap masa boleh berdoa saja lah..agar dia cepat sembuh dan dilindungi allah selalu..diri sendiri??ermm..sudah lama tidak dihiraukan..makan x tentu masa..tidur x lena..banyak sangat yang aku fikirkan..pohon kekuatan dari allah..agar aku boleh lalui nie semua dengan tenang..pasti ada habuan dari allah nanti..
 
fikir...fikir..dan fikir..perempuan memang ratu dalam berfikir..benda 100 tahun kedepan pun dia dah siap2 fikir..sama lah dengan aku..macam mana??? kalau??habis la??jika??nanti???.masalah sebesar kuman boleh jadi sebesar dinosor..kadang2 aku boleh habiskan satu hari dengan diam tak bercakap dengan sape2 sebab aku syok berfikir..fikir dan risaukan benda yang belom tentu jadi..hubby aku pun xboleh nak cakap ape dah..kena bebel berjam2..ok la kejap..pastu fikir balik..kadang2 nak je menjerit bagitaw "kau x rasa ko boleh la cakap!!!!!!"aku nie yang merasa..tapi iman masih kuat dihati..allah berikan kan ujian bagi mereka yang mampu saja..jadi allah tahu aku mampu pikul..kenapa aku nak tunjuk kelemahan diri sendiri..xde masalah yang x boleh diselesaikan..yang penting kita redha..dan bersabar..kalau kita bersabar..kita akan tenang tapi kita susah nak happy.. kalau kita redha dengan ujian allah untuk kita pasti akan tenang dan happy sekali gus..
 
ermmm cakap je aku nie..pastu nie FIKIR balik..hahahah...buang masa..lalalal~~

Sep 17, 2013

~memori indah buat si kecil mama~

yehaaa..tercapai jugak hasrat nak ambik gambar satu family nie..plan asal nak ambik wartu raya..tapi keadaan tidak mengizinkan so lepas raya pun xpe la..janji ada kenangan untuk si kecil aku nie!!..hubby pun x banyak membantah..biasanya susah jugak dia nak posing depan camera nie..kali nie dia mengikut saja..amsyar??ermm x payah cakap dia sememangnya suka bergambar..jadi senang la nak suh dia pose depan kamera..mewarisi kegemaran aku kot..suka posing..hehe
 
amsyar!!dengar nie mama cakap..nie pic raya wartu amsyar umur 2 tahun..wartu nie amsyar sibuk je main kat studio.orang pegang kemera amsyar sibuk nak pegang jugak.kejap berlari sampai pening mama nak kejar.nasib baik ada jugak picture yang ok..hope gambar2 nie semua jadi kenangan indah buat amsyar bila amsyar besar nanti..percaya lah..mama akan cuba bagi kenangan indah2 buat amsyar.agar amsyar tahu mama sayang amsyar sangat2!!
 
 




Sep 11, 2013

~salam perkenalan Meningitis~

selepas buat entry pasal erti kasih sayang semalam..ramai pulak yang Tanya ape jenis sakit tuh?apa punca dia?macam mana boleh kene?so,free sikit hari nie kat office..meh la aku buat entry pasal radang selaput otak atau meningitis nie..

DEFINISINYA..

 Meningitis merupakan peradangan pada selaput yang mengelilingi dan melindungi otak dan sumsum tulang belakang biasanya disebabkan oleh virus dan bakteri

Gejala meningitis meliputi:

1. Demam, tangan dan kaki dingin
2. Menolak makanan atau muntah
3. Rewel, susah ditangani
4. Nyeri otot
5. Mengantuk, kurang responsif
6. Nafas cepat
7. Kulit pucat, jerawat
8. Ruam yang tidak memudar walaupun ditekan
9. Menangis atau merintih
10. Badan tegang dan kaku
11. Leher kaku, tidak menyukai cahaya terang
12. Kejang-kejang

Ada beberapa jenis meningitis:

1. Viral meningitis

Penderita mengalami sakit kepala, kelelahan dan kehilangan memori. Walapun jenis meningitis ini jarang mengancam jiwa, namun kebanyakan orang harus mendapatkan pemulihan total.

2. Meningitis bakteri

Gejala jenis meningitis ini adanya bercak dan kondisi seperti flu. Dapat mengancam jiwa dan memerlukan perhatian medis. Kebanyakan orang yang menderita meningitis bakteri ini akan membunuh dalam hitungan jam. Jenis ini seringkali menyerang bayi dan anak-anak kecil.

Bakteri yang disebut-sebut bernama meningokokus ini dapat menyebabkan meningitis dan septicaemia (bakteri pathogen pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh dan berada di dalam darah).

Pada tahap awal, gejala ini mirip dengan penyakit umum seperti flu, jadi waspada terhadap semua tanda-tanda dan gejala. Jika Anda mencurigai sesuatu, carilah segera bantuan medis (copy dari blog indo..so faham2 sendiri la ye..)

kata doctor aku kemungkinan terkena meningitis virus(viral).tapi doctor sendiri pun x pasti..bayangkan perasaan aku wartu tu,sedang berperang dengan kesakitan tapi doctor masih xtahu ape jenis sakit aku..sepanjang aku di hospital,doktor hanya bagi aku semua jenis ubat yang berkaitan dengan meningitis untuk selamat kan aku..

hari pertama (4 ogos 2013)

Bermula bila aku rasa sedikit sakit kepala..mula2 aku fikir sakit kepala biasa..tapi bila ambil panadol active fast pun xjalan..xde perubahan ape pun..harap esok okey la kot..so malam tu aku tidur sedikit awal dari biasa

hari ke dua (5 Ogos 2013)

keesokkan harinya aku mula demam,suhu pun dah 39++,muntah tanpa henti dan sakit kepala yang melampau..sakit tu sangat kuat di kawasan belakang kepala.rasanya macam nak cabut kepala,sakitnya allah saja yang tahu..kul 1 pagi..aku bagitaw hubby bawak aku ke hospital..sebab aku dah tak tahan sangat2 dah..hubby bawak aku ke hospital an nur,bangi.sampai kat sana doctor check suhu aku masih 39++ jadi doctor nasihatkan admit je untuk turunkan suhu..al maklum lah nak raya kan..kena cepat sembuh.

hari ke tiga (6 Ogos 2013)

suhu badan masih belum turun2.sakit kepala pun masih x hilang.doktor mintak aku buat CT scan.aku ikutkan saja..asalkan hilang sakit kepala aku nie..lepas dapat result doctor mintak aku refer pada doctor pakar.terkejut jugak bila dapat tahu.doktor bagitaw ada abnormal di bahagian kepala aku.dekat hospital an nur xde pakar so aku kena refer ke hospital serdang..dengar je hospital kerajaan..aku dah siap nagis dah..mintak tolong hubby carikan aku hospital swasta lain.tapi hubby aku cakap kat hospital kerajaan lagi detail dan semua pakar ada kat sana..so aku kuatkan la jugak semangat.sampai sana..nasib aku baik..aku terus dapat katil jadi xpayah la aku tunggu lama2 kat wad kecemasan tu.dugaan x habis kat situ,malam tu doctor  bagtaw yang aku kena ambik air tulang belakang.untuk kesan virus dalam kepala aku nie..allah saja yang tahu..perasaan aku wartu tu..ye la..macam2 aku dengar bila ambik air tulang belakang nie..lumpuh la..tapi bila doctor dah terangkan satu2..aku lega la sikit..allah betul menguji aku..ambik air tulang belakang tu sakit dan risau bercampur baul..lepas selesai aku tidak dibenarkan bangun selama 6 jam..so baring je la malam tuh..nak kencing pun susah..

hari ke empat (7 ogos 2013)

keesokkan aku hanya di masukan air untuk kurangkan demam..ubat atau antibiotic untuk ubatkan sakit aku nie doctor belum putuskan sebab tunggu result air tulang belakang..orang makmal sibuk beraya kan..so tahan la aku sakit seorang diri,.katanya 3 hari lagi baru la dapat result.


hari ke lima - ke enam (8 - 9 ogos 2013)

hari beristirehat di hospital sambil tengak orang makan lemang..aku nie sikit pun xde selera makan..makan pun asyik muntah je..

hari ke tujuh ( 10 ogos 2013)
 
hari ke 7,bermula la kemuncak dugaan..aku dah mula kejang..bermula dari kaki sampai la ke tangan..ya allah..kuatnya dugaan aku..aku xboleh tidur walau pun seminit..dari ward biasa doctor tukarkan ward aku ke icu.malam tu aku tak boleh tidur..kejang aku semakin menjadi2..wartu  tu aku hanya fikir mati je..banyak benda dalam fikiran aku..cacat ke aku lepas nie??macam mana aku nak teruskan hidup??doctor bagi aku ubat penenang pada pukul 2 pagi..baru lah aku boleh tidur.

hari ke lapan (11 ogos 2013)

doctor mula masuk kat antibiotic dalam badan aku..eiss..nak kena kejang dulu baru nak bagi aku ubat..petang pulak ayah mertua aku bawak ustaz datang bacakan yasin..allhamdulillah..kejang kaki aku nie beransur hilang..syukur x terhingga ya allah..namun dugaan x habis disitu..aku mula x ingat ape yang terjadi..nama penyakit aku sendiri pun aku lupa..bila doctor Tanya aku hanya diam..bukan x nak jawab tapi aku lupa..bila hubby Tanya tarikh penting pun aku lupa..birthday hubby aku pun aku lupa..bergerak kan aku pun lambat dari biasa..nampaknya..virus dah merebak ke ingatan aku pulak..

hari ke Sembilan (12 ogos 2013)

sakit kepala..muntah dan kejang beransur hilang..mungkin virus jahat dah kena bunuh dek antibiotic sikit2 kot..tapi aku masih lagi demam..suhu badan masih x turun2

hari ke sepuluh - tujuhbelah (13-20 ogos 2013)

masih di ward..dari ward icu aku ditukar kan ke ward biasa..simptom2 meningitis dulu dah beransur hilang..cuma aku masih demam..doctor pun hiaran kenapa aku masih demam.doktor de request nak ambik air tulang belakang sekali lagi..oh!!!!no!!xkan aku biarkan..cukup la sekali aku menanggung nya..haha..

hari ke lapanbelas ( 21 ogos 2013)
 
happy gila hari nie..bila doctor bagitaw aku dah boleh keluar ward..antibiotic yang perlu aku ambil dah selamat berada dalam badan ku..cuma aku masih demam..tapi mungkin aku demam sebab aku kat hospital kot..aku rindu kat amsyar gila2..perasaan nak keluar ward membuak2..aku x kira..wartu tu jugak aku merayu kat doctor walaupun demam aku x kebah lagi..aku nak keluar hospital jugak!!!xkira!!!!

hari ke Sembilan belas (22 ogos 2013)

jam 8 mlm aku dibenarkan pulang yeay!!!tapi aku perlu makan ubat lagi.kepala pun masih sakit lagi..sampai je kat umah terus buka tv.tengok siaran raya..dlm hati nak menagis pun ada..mintak dipanjangkan umur agak sempat raya lagi tahun depan.amin.

begitu le kisah di hari raya aku tahun nie..terima kasih pada hubby,saudara mara,kawan2 yang datang melawat..bawak kan air mustajab,air yasin,makanan,ubat,sup ketam dan doa untuk pastikan aku cepat sembuh..ada jugak yang bawakkan air mata..allah saja yang dapat membalas nya..baru le aku tahu..ramai jugak yang sayiag pada aku nieh!!hahahha
.banyak benda yang aku belajar dari dugaan nie..nyawa,sakit semuanya ditangan allah..dia boleh ambik nyawa kita bila2 masa je..bersedia atau pun tidak..dosa aku tak terbilang banyaknya..syukur allah sedarkan..setiap yang berlaku ada hikmahnya..in sya allah..aku akan jadi hamba yang bersyukur dan cuba perbaiki diri lagi lepas nie..amin!!


~erti sayang~

dah lama x update blog nie..maklumlah baru lepas melalui hari yang getir dalam hidup.sebelom nie tak terlintas pun di hati mahupun fikiran akan melalui semua nie.allah maha besar!!ape yang dia rancang untuk kita itu la yang terbaik untuk kita.amin!!SYUKUR YA ALLAH!!5 ogos hari aku di sah kan oleh doctor mengidap radang selaput otak ataupun Meningitis.seperti mati idup kembali..alhamduulillah..selepas 15 hari di ward..aku beransur pulih.cuma x mampu buat keje berat2 lagi..tangan dan kaki masih belum kuat.kadang-kadang masih rasa lagi lenguh2.kali nie bukan nak buat entry pasal sakit aku,maybe next time,kali nie nak citer pasal entry kasih sayang.kasih sayang seorang suami..bunyi macam serius kan??kali nie memang aku serius.!!

nak melawan sakit yang tiba2 je terkena bukan senang ye...perlukan 300% kesabaran.nasib aku sedikit baik sebab aku ada hubby yang sangat2 menyokong.selama 15 hari di ward tidak pernah semalam pun dia takde kat hospital untuk temankan aku.situ lah rumah ke dua dia jugak.tidur beralaskan lantai hospital,pukul 6 pagi dah bangun sediakan break fast aku,mandikan,sikatkan rambut,potongkan kuku!!jauh di dalam hati aku terharu jugak dengan ape yang dia buat..kadang2 aku sendiri pun tak layan dia macam nie.(bersyukur kejap).so kat sini aku nak ambik kesempatan nak luahkan isi hati yang terpendam buat hubby aku nie!sape meluat x payah baca k??hehe

pa..
thank sangat2 atas ape yang awak buat..jaga mama kat hospital tanpa jemu..xpernah satu malam pun awak xde untuk bagi semangat..ingat lagi masa mama down..menangis nak balik rumah..mengalah dengan ujian allah..pa bawak amsyar g hospital kan??..untuk bagi mama semangat..bila mama sedih jumpa amsyar mama perasan papa pun menangis ??tapi x tunjuk..sebab papa nak mama tahu papa kuat dan mama pun kena kuat.!!bila doctor datang check,papa lagi xcited dari mama..Tanya doctor macam-macam sampaikan doctor pun xtaw nak jawab,papa lagi hebat dari doctor kan??buat research pasal sakit mama..sampaikan papa pernah bagitaw yang papa nk tukar keje jadi doktor..heheh..allah bagi mama sakit supaya mama tahu yang erti kasih sayang papa..sorry wartu di hospital kadang2 mama ter emosi dengan papa..Allah dah tunjuk ape yang mama xtahu..mama bersyukur sangat..thank papa..allah saja dapat balas ape yang papa buat,in syaa allah~~


 

Jul 29, 2013

~anak aku dah besar~

anak aku dah besar bila....
wartu dirumah terasa pantas berjalan..tengok2 dah pukul 12 tgh malam..mana taknya ade je telatah dia yang buat aku x rasa sunyi..
 
anak aku dah besar bila....
balik dari sekolah banyak benda yang di cuba ceritakan pada aku..contoh nya gigit kawannya kat sekolah..pastu aku call Tanya cikgu.cikgu cakap xde pun..dia dah pandai mengusik..
 
anak aku dah besar bila...
pergi ke shopping mall..dia dah tahu pilih baju seluar dia sendiri..bila tunjuk baju..dia dah pandai cakap nak n xnak!!kebiasaan taste dia ok la jugak..
 
anak aku dah besar bila...
sampai je kedai makan..dia sendiri yang order ape yang dia nak minum.. teh ais!!
 
anak aku dah besar bila..
dia dah pandai protest bila nak potong rambut dia..bila Tanya kenape dia akan cakap sakit!!sakit ke potong rambut..rambut je..bukan potong kepala..
 
anak aku dah besar bila...
dia pandai ambik ati aku..bila pakai baju baru..dia akan puji..eeeee..antiknya!!!
 
anak aku dah besar bila...
dia akan cakap.."ma..cedappp!!" selepas makan ape2 yang aku masak!!bodek!!

 
anak oh anak!!
 
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
 
 

Jul 23, 2013

~sesi Membodek~

 
cuba kalian tengok whatapp diatas..manis sungguh bicara toklaki ambo..bila nak mintak ot..hehe..siap pancing ambo dengan g make colek lagi..mentang2 le ambo duk mengidam colek lama dah..heheh..

yang sebenar benarnya aku nak citer pasal husband aku A.K.A mohd teyi (sebutan amsyar).semenjak dua menjak nie..tidak tahu mengapa dia di anugerahkan kerajinan yang amat sangat..asyik kejeeee je dia..kebiasaannya 2 minggu awal dia akan bagitaw jadual keje dia pada aku..takut aku pengsan terkejut kot..dengan aku nie dah la de sawan garang nie..dia biasanya akan bagitaw bila dia akan keje lebih masa dan bila dia cuti..tapi kalau keje tu last mint dia dapat tahu..bermula la sesi membodek seperti di whataap diatas..taburi aku dengan janji2 manis dia..kebiasaan nya janji makanan le..dia sudah arif kot dengan bini dia yang suka makan nie..seikhlas nya aku tak kesah..sebab aku tahu keadaan kewangan kami,kalau tak keje lebih masa memang de la nak menyimpannya..cukup2 cukup je setiap bulan..kebetulan pulak dengan kami baru je naik rumah baru awal tahun hari tu..lagi le banyak duit dah dihabiskan dengan cemerlang dan jayanya..so nak ganti balik duit simpanan dan menyara kos idup yang meningkat kena hubby dan aku keje kuat sikit..cuma yang merisaukan dihati..keadaan kesihatan toklaki aku nie..kebiasaannya bila dia keje kuat..mesti le demam..nak buat macam mana..berdoa je la..mintak allah murahkan rejeki duit dan juga rejeki kesihatan kepada dia..amin!!!

tapi sebenarnya bersyukur sangat aku nie dapat laki macam dia..tak banyak kerenah..sangat senang diuruskan..mintak je la ape pun..kalau dia mampu sure dia tunaikan..kadang2 bila dia x boleh bagi ape yang aku mintak..perasan jugak dia macam jiwa kacau sikit..hahah..sebelom dia buat puisi yang menyentuh jiwa dan raga aku,baik aku tarik balik ape yang aku mintak tuh..okey la by  teruskan kerajinan mu itu..aku disini selalu akan menyokong mu dari belakang..tidak hairan lah kau diberi anugerah pekerja TM terbaik 2011 yang pada mulanya aku muskil kelayakkan kamu untuk menerima anugerah itu..hehehe..keadaan anak jangan dikau risau..karna aku ada untuk menajdi ayah dan ibu pada anak kita..(sengal)..umhh..cukup la..dari aku mengarut jauh lagi..jumpa di lain entry je..



Jul 22, 2013

~chef izat~

(paprik udang)
 
 
 (asam pedas ikan siakap dengan kangkung goreng belacan)


(gulai ikan janahak,keli masak cili, ikan rebus goreng dan ayam kampong)


tu diaaaa..mood masak dah datang..biasanya bulan puasa nie xde maknanya nak masak2 bagai..balik rumah pun dah kul 6 lebih..nak berperang dengan amsyar lagi..mana larat nak masak..tapi semalam tiba2 nak makan paprik udang.kesian pulak kat hubby..asyik makan kat luar je..semalam dia pun keje malam so boleh la bawak bekal untuk sahur sekali..sebelom nie duk mengadu kat aku kawan2 dia semua bawak bekal dia je makan luar..semalam 3,4 lauk aku bagi..nak bekal sangat kan??hahaha..
 
mood nak masak nie pun bukan selalu ada pun..kadang2 je..tak nak masak bukan nya ape..berdua je makan,kadang 2,3 hari baru habis..xpun buang..membazir je..baik makan kat kedai je..senang dan x membazir..cuma bila hujung bulan macam nie nak makan sedap2 better masak je..beli kat luar mahal mak oiiii..kat bazar ramadhan kat area Bandar saujana putra tuh..ayam golek je dah RM20 SEEKOR...xde makna nya nak makan ayam golek kalau dah macam nie..mahal sangat..!!
 
allhamdulillah..sekarang nie..aku banyak belajar masak,dulu masa belom kawin masak meggi n air je la pandai kot..lepas kahwin nie nak x nak kena belajar masak..nak bagi suami rasa air tangan isteri kan!!setakat nie..hubby aku x pernah complain ape2 lagi..dia cakap aku nie kalau masak selipar jepun pun sedap..hurmm!!!aku masak betul2 kang baru tahu..~~padahal dia tuh yg kuat makan..tu la semua makanan sedap je..
 
harap2 mood rajin masak aku nie berkekalan la..dalam bulan puasa nie..dah x lalu dah tekak nie nak telan makanan kedai je..heheh..okey..stop sini dulu..jumpa next entry ye..

Jul 18, 2013

~ujian~

 
 anak penyeri rumahtangga..kadang kala anak jugak adalah ujian allah pada ibubapa.menguji samaada kita mampu bersabar dan menguruskan amanat allah berikan pada kita dengan baik atau pun tidak..terasa masih baru aku buat entry pasal amsyar nie ok je di sekolah baru,minggu nie dia buat hal mengigit di sekolah..hari isnin baru-baru nie balik je keje tengok merah2 kat pipi.ingat nyamuk ke ape..bila Tanya hubby,cikgu amsyar cakap dia kena cakar kat budak lain sebab gigit budak tu..ermm..dia buat hal lagi..masa kat rumah pengasuh dulu pun duk menggigit jugak..pening kepala mama,,malam tu hubby bukan main la nasihat..hari selasa ok la sikit..pas tu semalam cikgu bagitaw lagi..dia gigit pulak..habis merah2 tangan budak tuh..ya allah..nape la si bulat nie..malunya mama dekat cikgu n mak mangsa gigitan dia..cikgu cakap yg first dia gigit sebab sebab berebutkan mainan..pas tu semalam dia gigit sebab budak tu merengek..ermm..amsyar nie memang x suka keadaan bising2 n serabut..kat rumah pun kalau aku n hubby bising2 gelak kuat sikit dia mesti marah2..maybe dia rimas kut budak tu merap je..pastu terus gigit budak tuh,,.teruk la macam nie..takkan la cikgu tu nak jaga amsyar sorang..xnak bising..xnak budak ramai..ingat mama nie banyak duit ke..nak gajikan orang jaga amsyar sorang???banyak cantik!!!

google punya google jumpa satu blog yang bagi petua untuk budak suka mengigit..hope boleh membantu la..

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.
 
b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.
 
c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.
 
d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.
 
e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
 
f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.
 
g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!