Jun 25, 2013

~pening kepala odeng~

setiap kali ujung bulan..mesti orang gumbira..tiada lagi berkelana dan bermuram durja..tidak pada aku..rasanya ingin escape je..ye la..biasanya hujung bulan gaji pun machukkk..boleh bayar n beli tu..n beli nie..bagi aku ujung bulan kali nie bagaikan batu besar mehempap dada..seperti badan amsyar yang mehempap..hehehe..memikirkan benda2 yang perlu diselesai kan bulan depan..rasanya baiklah xpayah masuk gaji kotttt..bab kata orang gaji belum dapat lagi..tapi duitnya dah habis..silap bercaturan agaknya bulan nie..so budget dah lari lintang pukang..xsempat mengejarnya..terpaksa la bulan depan korbankan duit shopping aku untuk cover balik.eee..cepat le bukan depan berlalu..hubby aku dah cakap dah..lepas je settle semua yang penting kita berkurung je kat rumah..save sikit..hahhaah..sampai macam tu sekali ke by???tapi rasanya ada betul jugak laki aku cakap..bila keluar nanti memang le xde jimat2..sure le kad kredit jadi mangsa..pastu pengsan lak nak membayarnya..ermm..terpaksa la kerja lebih kuat lagi..sape nak beli jamu???????cepat2!!lai..lai..lai...hahahhahah...
 
 
duit simpan untuk ambik stock barang baru pun dah terguna..so nak cekau mana nak pergi Jakarta ambik stock nieh!!!sila bagi pencerahan ijat???
 
 
 baju raya berhelai2 siap bulan 7 nie jugak..nak bayar pakai ape??daun leh x???
 
 
 baju raya untuk first raya pun siap bulan 7..ermmm..sure le gigit kuku pas nieh!!
 
 
 hah????roadtax weiii..roadtax???nak g keje naik ape kalau x bayar..ketok kan!!
 
 
yang nie satu memang nak kena ketuk kepala kuat sikit..bulan nie shopping tak ingat dunia.pastu buat2 pening nak bayar!!memamg le kau nie ijat!!!

Jun 24, 2013

~salahkan hormon~

 
 pernah tak tiba-tiba rasa nak marah?
pernah tak tiba-tiba rasa sedih?
pernah tak tiba-tiba rasa putus harapan?
pernah tak tiba-tiba rasa malas?
pernah tak tiba-tiba rasa nak hina?
pernah tak tiba-tiba rasa Diri tak bernasib baik?
 
hahaha..sure pernah kan??perempuan sememangnya tidak dapat lari dari emosi..kejap ok..kejap tak ok..bukan lelaki je yang akan pening..perempuan sendiri pun rimas dengan diri sendiri bila berlaku berubahan emosi macam nie...
okey..aku nak share tips sikit macam mana nak kawal emosi..maybe tips nie berguna jugak pada aku sekarang nie..tiba2 pulak tersangat emosi dioffice hari nie..sampaikan bos aku sendiri pun aku marah..hahhaha..hebat x ??hebat x??
 
Moga tips ini memberi semangat buat anda!!
  • Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa.

    Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

    1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
    Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

    2. Buang perasaan risau yang melampau.
    Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

    3. Belajar rajin bersyukur.
    Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

    4. Belajar menjadi pemaaf.
    Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

    5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
    Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

    6. Ubah fikiran
    Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

    7. Keraskan hati.
    Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.


  • sumber dari :- http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/buletin.php

    Jun 23, 2013

    ~Mari ganti puasa ~

     
     

    begini la nasib bila selalu menangguhkan keje..ganti puasa xnak awal2.sekarang sebulan awal la aku berpuasa bandingkan dengan yang lain..hehe..hari nie hari yang ke 20..masih ada 10 hari lagi..caiyok2..mesti boleh!!pastu kita pegi bayar fidyah pulak ye..hahaha..seronoknya!!

    Jun 16, 2013

    ~called it ... Dad~




    God took the strength of a mountain,
    The majesty of a tree,
    The warmth of a summer sun,
    The calm of a quiet sea,
    The generous soul of nature,
    The comforting arm of night,
    The wisdom of the ages,
    The power of the eagle's flight,
    The joy of a morning in spring,
    The faith of a mustard seed,
    The patience of eternity,
    The depth of a family need,
    Then God combined these qualities,
    When there was nothing more to add,
    He knew His masterpiece was complete,
    And so, He called it ... Dad
     
    HAPPY FATHER'S DAY !!
    PAPA,ABAH N ABAH!!

    ~sebelom melangkah ke 30 tahun~

    okey..sebelom mula kan bicara aku nak tegaskan umur hanya lah angka..tidak membawa maksud ape pada aku sama sekali..hahah..cepatnya masa berlalu..rasa baru saja masuk ke alam 20 an..sekarang dah nak penutup 20 an sudah~~..tahun depan dah 30 tahu!!waaa..aku dah semakin tua..nak kena beranak lagi cepat2 nie..umur dah meningkat..hehe
     
    tahun nie aku pilih nak celebrate birthday aku di restaurant Khao (setia city mall,klang)belom pernah try lagi..nie first time..dah bosan asyik westen je..kalau ikutkan selera hubby westen aje dia tuh..kali nie ikut selera aku lak..yg sememangnya gemarkan thai food nie..dah lama nak try makan green curry..finally dapat jugak..green curry di sini patut cuba ye..sangat puas hati..!!harga nya pulak..tidak le mahal sangat..aku dan hubby makan dalam rm 100 je..(okey le)
     
     
     khao restaurant


     our menu


     birthday girl


    tukang bayar..hehe

    Jun 6, 2013

    ~our 3rd anniversary~

    cepatnya masa berlalu..dah 3 tahun usia perkahwinan kami..syukur allamdulillah..dah dikurniakan seorang anak..penyambung keturunan kami..tahun nie agak simple je..sebab aku decided nak sambut kat rumah je..bukan ape ..susah la nak bawak anak pergi makan luar sekarang..macam kerenah..kan dia mangamuk kat restaurant la..perangai amsyar sejak kebelakangan nie agak sukar diramal.ermm..pasal nak deco2 nie..aku cukup minat..tapi masa lak xde..baru balik dari kampung..dengan menempuh jammed lagi..penat pun x hilang lagi..tapi memikirkan hari bermakna buat kami..aku gagahi jgk..masak se simple mungkin n deco2 la sikit..bukan ape pun just beli belon je..heheh..yang lain semua dah ready kat rumah..konun la nak romantic malam tuh..bagi anak tidur dulu..nak makan berdua kata kan!!!hahah..n ini lah hasilnya..walaupun simple..tapi ok la dari x buat ape2 kan??
     



     
     happy anniversary by!!thank 4 what u have done..mama hargai setiap ape yg papa buat untuk bahagiakan mama..mama bersyukur sangat allah kurniakan papa sebagai suami..selisih faham sikit2 tu biasa la..adat dalam rumah tangga..heheh..lov u so much..ampun kan dosa2 mama ye..doakan mama agar dapat jadi isteri n ibu terbaik untuk papa n anak kita!!

    Jun 4, 2013

    i'm not a superwomon..i'm a mother!!

    aku terpanggil untuk buat entry pasal "anak"..bila ingat kata umi aku dulu tiba2 rasa nak menangis..betul kata umi..bila aku ada anak nanti baru lah aku tahu susah senang untuk besarkan anak.aku anak pertama dalam keluarga..aku dah diajar untuk memimpin adik2,diajar tegas,diajar disiplin.abah aku memberi aku peluang waktu aku masih muda remaja lagi untuk buat keputusan sendiri.aku x pernah harapkan sesiapa untuk buat keputusan dalam hidup aku..baik buruk keputusan itu aku yang akan tanggung..kata hubby..dia suka kan aku sebab aku tegas..!!tegas ke aku??aku dan hubby ada cara yang berbeza dalam membesarkan anak..kami ada pendapat masing2..sebelum aku ada anak..hubby selalu cakap..yang aku nie sure akan garang dengan anak nanti..sebab aku nie cepat marah..dan dia??semestinya paling rapat dengan anak..sebab dia xsuka marah2..tapi lain pulak yang jadi..sekarang nie aku tengok hubby aku lak yang garang dengan anak..dia jarang marah2 or tinggi suara dengan aku..tapi bila anak meragam..boleh tahan garang jugak laki aku nie..lain pulak dengan aku..aku sememang cepat marah,tapi bila dengan anak hati nie lembut pulak..bila dah termarah anak mula la rasa xsedap ati..rasa bersalah..sampaikan xboleh tidur..rasa nak kejut dia bangun nak main2 dengan dia..biar hilang rasa bersalah nieh..ya allah kuat nya pengaruh anak dalam hidup aku..


     
     hubby dengan anak tegas,contonya kalau amsyar meraung kat seat belakang nak duduk depan dia akan berkeras x bagi duduk..sampai la amsyar xde suara duk menagis..tahan lak telinga dia..!!kuat membebel pun satu..bila amsyar buat salah..mesti kena bebel..padahal bagi aku mana la budak tuh nak faham..nama pun budak..dia sure akan explain panjang2 ape yang betul dan ape yang tak..last2 amsyar gelak je dengar..satu lagi aku perasan dia mudah marah amsyar bila amsyar buat aku stress.aku selalu kena control emosi kat rumah untuk elak amsyar kena marah..


     
    aku??masih cuba jadi terbaik buat amsyar..aku cuba berkelakuan terbaik didepan dia..dan yang paling penting..cakap perlahan (sebab aku x suka orang cakap kuat2..walau pun aku kdg2 terkuat jugak..hahaah)aku nak bagi yang terbaik untuk dia..tapi kadang2 xtermampu..sedih sangat..kalau oleh x nak cakap kasar2..tapi bila letih dan dia meragam..secara automatic terkasar jugak..umur dia wartu nie.sangat cepat terikut dengan ape yang dia tengok..ermm..ya allah..jadikan aku ibu yang terbaik!!

    ~kenduri kendara~






     
    sudah menjadi resam bila cuti sekolah je..mesti la banyak kenduri kendara..cuti sekolah kali nie..hubby aku decided nak balik penang..ada 3 kenduri kat sana..kalau ikutkan kenduri dua2 belah pihak pun banyak..kat Kelantan pun banyak jemputan..tapi disebabkan  bulan 4 hari tu dah balik Kelantan..so kali nie kami balik la penang pulak..ermm..seperti biasa la..si gemuk macam aku nie kuat makan..sure la keje aku jelajah kedai makan..balik pulak sekali dengan ipar duai..sure la berjalan je..hehehe.duduk kat umah tok pun kejap je..balik bukan nya nak bersama orang tua..ade je aktiviti..heheh..kesian tok..xpe..raya nie kami balik lagi..tahun nie punya raya puasa giliran penang..harap2 hubby dapat la cuti raya raya..kalau x aku nekad nak raya kat k.l..sekali dengan hubby..dimana lagi tempat isteri kalau bukan disisi suami??wah kedengaran macam baik pulak aku disini..heheh..okey2..balik pada citer holiday kat penang nie..tempat yang wajib kami pergi tiap kali balik ialah queen bay mall..wah..balik kali nie banyak pulak sale kat sana..MNG..GAP..!!tapi satu pun x beli..save okey!!perbelanjaan terlebih sejak kebelakangan ini..sakit jugak kepala tahan perasan nak shopping..ujung bulan nie roadtax kereta lagi..huhu..pengsan kejap...!!zzzzzz...rasanya seperti bulan nie banyak aktiviti..nanti aku update lain ye..chaw!!hehehe