Sep 17, 2013

~memori indah buat si kecil mama~

yehaaa..tercapai jugak hasrat nak ambik gambar satu family nie..plan asal nak ambik wartu raya..tapi keadaan tidak mengizinkan so lepas raya pun xpe la..janji ada kenangan untuk si kecil aku nie!!..hubby pun x banyak membantah..biasanya susah jugak dia nak posing depan camera nie..kali nie dia mengikut saja..amsyar??ermm x payah cakap dia sememangnya suka bergambar..jadi senang la nak suh dia pose depan kamera..mewarisi kegemaran aku kot..suka posing..hehe
 
amsyar!!dengar nie mama cakap..nie pic raya wartu amsyar umur 2 tahun..wartu nie amsyar sibuk je main kat studio.orang pegang kemera amsyar sibuk nak pegang jugak.kejap berlari sampai pening mama nak kejar.nasib baik ada jugak picture yang ok..hope gambar2 nie semua jadi kenangan indah buat amsyar bila amsyar besar nanti..percaya lah..mama akan cuba bagi kenangan indah2 buat amsyar.agar amsyar tahu mama sayang amsyar sangat2!!
 
 




Sep 11, 2013

~salam perkenalan Meningitis~

selepas buat entry pasal erti kasih sayang semalam..ramai pulak yang Tanya ape jenis sakit tuh?apa punca dia?macam mana boleh kene?so,free sikit hari nie kat office..meh la aku buat entry pasal radang selaput otak atau meningitis nie..

DEFINISINYA..

 Meningitis merupakan peradangan pada selaput yang mengelilingi dan melindungi otak dan sumsum tulang belakang biasanya disebabkan oleh virus dan bakteri

Gejala meningitis meliputi:

1. Demam, tangan dan kaki dingin
2. Menolak makanan atau muntah
3. Rewel, susah ditangani
4. Nyeri otot
5. Mengantuk, kurang responsif
6. Nafas cepat
7. Kulit pucat, jerawat
8. Ruam yang tidak memudar walaupun ditekan
9. Menangis atau merintih
10. Badan tegang dan kaku
11. Leher kaku, tidak menyukai cahaya terang
12. Kejang-kejang

Ada beberapa jenis meningitis:

1. Viral meningitis

Penderita mengalami sakit kepala, kelelahan dan kehilangan memori. Walapun jenis meningitis ini jarang mengancam jiwa, namun kebanyakan orang harus mendapatkan pemulihan total.

2. Meningitis bakteri

Gejala jenis meningitis ini adanya bercak dan kondisi seperti flu. Dapat mengancam jiwa dan memerlukan perhatian medis. Kebanyakan orang yang menderita meningitis bakteri ini akan membunuh dalam hitungan jam. Jenis ini seringkali menyerang bayi dan anak-anak kecil.

Bakteri yang disebut-sebut bernama meningokokus ini dapat menyebabkan meningitis dan septicaemia (bakteri pathogen pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh dan berada di dalam darah).

Pada tahap awal, gejala ini mirip dengan penyakit umum seperti flu, jadi waspada terhadap semua tanda-tanda dan gejala. Jika Anda mencurigai sesuatu, carilah segera bantuan medis (copy dari blog indo..so faham2 sendiri la ye..)

kata doctor aku kemungkinan terkena meningitis virus(viral).tapi doctor sendiri pun x pasti..bayangkan perasaan aku wartu tu,sedang berperang dengan kesakitan tapi doctor masih xtahu ape jenis sakit aku..sepanjang aku di hospital,doktor hanya bagi aku semua jenis ubat yang berkaitan dengan meningitis untuk selamat kan aku..

hari pertama (4 ogos 2013)

Bermula bila aku rasa sedikit sakit kepala..mula2 aku fikir sakit kepala biasa..tapi bila ambil panadol active fast pun xjalan..xde perubahan ape pun..harap esok okey la kot..so malam tu aku tidur sedikit awal dari biasa

hari ke dua (5 Ogos 2013)

keesokkan harinya aku mula demam,suhu pun dah 39++,muntah tanpa henti dan sakit kepala yang melampau..sakit tu sangat kuat di kawasan belakang kepala.rasanya macam nak cabut kepala,sakitnya allah saja yang tahu..kul 1 pagi..aku bagitaw hubby bawak aku ke hospital..sebab aku dah tak tahan sangat2 dah..hubby bawak aku ke hospital an nur,bangi.sampai kat sana doctor check suhu aku masih 39++ jadi doctor nasihatkan admit je untuk turunkan suhu..al maklum lah nak raya kan..kena cepat sembuh.

hari ke tiga (6 Ogos 2013)

suhu badan masih belum turun2.sakit kepala pun masih x hilang.doktor mintak aku buat CT scan.aku ikutkan saja..asalkan hilang sakit kepala aku nie..lepas dapat result doctor mintak aku refer pada doctor pakar.terkejut jugak bila dapat tahu.doktor bagitaw ada abnormal di bahagian kepala aku.dekat hospital an nur xde pakar so aku kena refer ke hospital serdang..dengar je hospital kerajaan..aku dah siap nagis dah..mintak tolong hubby carikan aku hospital swasta lain.tapi hubby aku cakap kat hospital kerajaan lagi detail dan semua pakar ada kat sana..so aku kuatkan la jugak semangat.sampai sana..nasib aku baik..aku terus dapat katil jadi xpayah la aku tunggu lama2 kat wad kecemasan tu.dugaan x habis kat situ,malam tu doctor  bagtaw yang aku kena ambik air tulang belakang.untuk kesan virus dalam kepala aku nie..allah saja yang tahu..perasaan aku wartu tu..ye la..macam2 aku dengar bila ambik air tulang belakang nie..lumpuh la..tapi bila doctor dah terangkan satu2..aku lega la sikit..allah betul menguji aku..ambik air tulang belakang tu sakit dan risau bercampur baul..lepas selesai aku tidak dibenarkan bangun selama 6 jam..so baring je la malam tuh..nak kencing pun susah..

hari ke empat (7 ogos 2013)

keesokkan aku hanya di masukan air untuk kurangkan demam..ubat atau antibiotic untuk ubatkan sakit aku nie doctor belum putuskan sebab tunggu result air tulang belakang..orang makmal sibuk beraya kan..so tahan la aku sakit seorang diri,.katanya 3 hari lagi baru la dapat result.


hari ke lima - ke enam (8 - 9 ogos 2013)

hari beristirehat di hospital sambil tengak orang makan lemang..aku nie sikit pun xde selera makan..makan pun asyik muntah je..

hari ke tujuh ( 10 ogos 2013)
 
hari ke 7,bermula la kemuncak dugaan..aku dah mula kejang..bermula dari kaki sampai la ke tangan..ya allah..kuatnya dugaan aku..aku xboleh tidur walau pun seminit..dari ward biasa doctor tukarkan ward aku ke icu.malam tu aku tak boleh tidur..kejang aku semakin menjadi2..wartu  tu aku hanya fikir mati je..banyak benda dalam fikiran aku..cacat ke aku lepas nie??macam mana aku nak teruskan hidup??doctor bagi aku ubat penenang pada pukul 2 pagi..baru lah aku boleh tidur.

hari ke lapan (11 ogos 2013)

doctor mula masuk kat antibiotic dalam badan aku..eiss..nak kena kejang dulu baru nak bagi aku ubat..petang pulak ayah mertua aku bawak ustaz datang bacakan yasin..allhamdulillah..kejang kaki aku nie beransur hilang..syukur x terhingga ya allah..namun dugaan x habis disitu..aku mula x ingat ape yang terjadi..nama penyakit aku sendiri pun aku lupa..bila doctor Tanya aku hanya diam..bukan x nak jawab tapi aku lupa..bila hubby Tanya tarikh penting pun aku lupa..birthday hubby aku pun aku lupa..bergerak kan aku pun lambat dari biasa..nampaknya..virus dah merebak ke ingatan aku pulak..

hari ke Sembilan (12 ogos 2013)

sakit kepala..muntah dan kejang beransur hilang..mungkin virus jahat dah kena bunuh dek antibiotic sikit2 kot..tapi aku masih lagi demam..suhu badan masih x turun2

hari ke sepuluh - tujuhbelah (13-20 ogos 2013)

masih di ward..dari ward icu aku ditukar kan ke ward biasa..simptom2 meningitis dulu dah beransur hilang..cuma aku masih demam..doctor pun hiaran kenapa aku masih demam.doktor de request nak ambik air tulang belakang sekali lagi..oh!!!!no!!xkan aku biarkan..cukup la sekali aku menanggung nya..haha..

hari ke lapanbelas ( 21 ogos 2013)
 
happy gila hari nie..bila doctor bagitaw aku dah boleh keluar ward..antibiotic yang perlu aku ambil dah selamat berada dalam badan ku..cuma aku masih demam..tapi mungkin aku demam sebab aku kat hospital kot..aku rindu kat amsyar gila2..perasaan nak keluar ward membuak2..aku x kira..wartu tu jugak aku merayu kat doctor walaupun demam aku x kebah lagi..aku nak keluar hospital jugak!!!xkira!!!!

hari ke Sembilan belas (22 ogos 2013)

jam 8 mlm aku dibenarkan pulang yeay!!!tapi aku perlu makan ubat lagi.kepala pun masih sakit lagi..sampai je kat umah terus buka tv.tengok siaran raya..dlm hati nak menagis pun ada..mintak dipanjangkan umur agak sempat raya lagi tahun depan.amin.

begitu le kisah di hari raya aku tahun nie..terima kasih pada hubby,saudara mara,kawan2 yang datang melawat..bawak kan air mustajab,air yasin,makanan,ubat,sup ketam dan doa untuk pastikan aku cepat sembuh..ada jugak yang bawakkan air mata..allah saja yang dapat membalas nya..baru le aku tahu..ramai jugak yang sayiag pada aku nieh!!hahahha
.banyak benda yang aku belajar dari dugaan nie..nyawa,sakit semuanya ditangan allah..dia boleh ambik nyawa kita bila2 masa je..bersedia atau pun tidak..dosa aku tak terbilang banyaknya..syukur allah sedarkan..setiap yang berlaku ada hikmahnya..in sya allah..aku akan jadi hamba yang bersyukur dan cuba perbaiki diri lagi lepas nie..amin!!


~erti sayang~

dah lama x update blog nie..maklumlah baru lepas melalui hari yang getir dalam hidup.sebelom nie tak terlintas pun di hati mahupun fikiran akan melalui semua nie.allah maha besar!!ape yang dia rancang untuk kita itu la yang terbaik untuk kita.amin!!SYUKUR YA ALLAH!!5 ogos hari aku di sah kan oleh doctor mengidap radang selaput otak ataupun Meningitis.seperti mati idup kembali..alhamduulillah..selepas 15 hari di ward..aku beransur pulih.cuma x mampu buat keje berat2 lagi..tangan dan kaki masih belum kuat.kadang-kadang masih rasa lagi lenguh2.kali nie bukan nak buat entry pasal sakit aku,maybe next time,kali nie nak citer pasal entry kasih sayang.kasih sayang seorang suami..bunyi macam serius kan??kali nie memang aku serius.!!

nak melawan sakit yang tiba2 je terkena bukan senang ye...perlukan 300% kesabaran.nasib aku sedikit baik sebab aku ada hubby yang sangat2 menyokong.selama 15 hari di ward tidak pernah semalam pun dia takde kat hospital untuk temankan aku.situ lah rumah ke dua dia jugak.tidur beralaskan lantai hospital,pukul 6 pagi dah bangun sediakan break fast aku,mandikan,sikatkan rambut,potongkan kuku!!jauh di dalam hati aku terharu jugak dengan ape yang dia buat..kadang2 aku sendiri pun tak layan dia macam nie.(bersyukur kejap).so kat sini aku nak ambik kesempatan nak luahkan isi hati yang terpendam buat hubby aku nie!sape meluat x payah baca k??hehe

pa..
thank sangat2 atas ape yang awak buat..jaga mama kat hospital tanpa jemu..xpernah satu malam pun awak xde untuk bagi semangat..ingat lagi masa mama down..menangis nak balik rumah..mengalah dengan ujian allah..pa bawak amsyar g hospital kan??..untuk bagi mama semangat..bila mama sedih jumpa amsyar mama perasan papa pun menangis ??tapi x tunjuk..sebab papa nak mama tahu papa kuat dan mama pun kena kuat.!!bila doctor datang check,papa lagi xcited dari mama..Tanya doctor macam-macam sampaikan doctor pun xtaw nak jawab,papa lagi hebat dari doctor kan??buat research pasal sakit mama..sampaikan papa pernah bagitaw yang papa nk tukar keje jadi doktor..heheh..allah bagi mama sakit supaya mama tahu yang erti kasih sayang papa..sorry wartu di hospital kadang2 mama ter emosi dengan papa..Allah dah tunjuk ape yang mama xtahu..mama bersyukur sangat..thank papa..allah saja dapat balas ape yang papa buat,in syaa allah~~