Jul 29, 2013

~anak aku dah besar~

anak aku dah besar bila....
wartu dirumah terasa pantas berjalan..tengok2 dah pukul 12 tgh malam..mana taknya ade je telatah dia yang buat aku x rasa sunyi..
 
anak aku dah besar bila....
balik dari sekolah banyak benda yang di cuba ceritakan pada aku..contoh nya gigit kawannya kat sekolah..pastu aku call Tanya cikgu.cikgu cakap xde pun..dia dah pandai mengusik..
 
anak aku dah besar bila...
pergi ke shopping mall..dia dah tahu pilih baju seluar dia sendiri..bila tunjuk baju..dia dah pandai cakap nak n xnak!!kebiasaan taste dia ok la jugak..
 
anak aku dah besar bila...
sampai je kedai makan..dia sendiri yang order ape yang dia nak minum.. teh ais!!
 
anak aku dah besar bila..
dia dah pandai protest bila nak potong rambut dia..bila Tanya kenape dia akan cakap sakit!!sakit ke potong rambut..rambut je..bukan potong kepala..
 
anak aku dah besar bila...
dia pandai ambik ati aku..bila pakai baju baru..dia akan puji..eeeee..antiknya!!!
 
anak aku dah besar bila...
dia akan cakap.."ma..cedappp!!" selepas makan ape2 yang aku masak!!bodek!!

 
anak oh anak!!
 
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
 
 

Jul 23, 2013

~sesi Membodek~

 
cuba kalian tengok whatapp diatas..manis sungguh bicara toklaki ambo..bila nak mintak ot..hehe..siap pancing ambo dengan g make colek lagi..mentang2 le ambo duk mengidam colek lama dah..heheh..

yang sebenar benarnya aku nak citer pasal husband aku A.K.A mohd teyi (sebutan amsyar).semenjak dua menjak nie..tidak tahu mengapa dia di anugerahkan kerajinan yang amat sangat..asyik kejeeee je dia..kebiasaannya 2 minggu awal dia akan bagitaw jadual keje dia pada aku..takut aku pengsan terkejut kot..dengan aku nie dah la de sawan garang nie..dia biasanya akan bagitaw bila dia akan keje lebih masa dan bila dia cuti..tapi kalau keje tu last mint dia dapat tahu..bermula la sesi membodek seperti di whataap diatas..taburi aku dengan janji2 manis dia..kebiasaan nya janji makanan le..dia sudah arif kot dengan bini dia yang suka makan nie..seikhlas nya aku tak kesah..sebab aku tahu keadaan kewangan kami,kalau tak keje lebih masa memang de la nak menyimpannya..cukup2 cukup je setiap bulan..kebetulan pulak dengan kami baru je naik rumah baru awal tahun hari tu..lagi le banyak duit dah dihabiskan dengan cemerlang dan jayanya..so nak ganti balik duit simpanan dan menyara kos idup yang meningkat kena hubby dan aku keje kuat sikit..cuma yang merisaukan dihati..keadaan kesihatan toklaki aku nie..kebiasaannya bila dia keje kuat..mesti le demam..nak buat macam mana..berdoa je la..mintak allah murahkan rejeki duit dan juga rejeki kesihatan kepada dia..amin!!!

tapi sebenarnya bersyukur sangat aku nie dapat laki macam dia..tak banyak kerenah..sangat senang diuruskan..mintak je la ape pun..kalau dia mampu sure dia tunaikan..kadang2 bila dia x boleh bagi ape yang aku mintak..perasan jugak dia macam jiwa kacau sikit..hahah..sebelom dia buat puisi yang menyentuh jiwa dan raga aku,baik aku tarik balik ape yang aku mintak tuh..okey la by  teruskan kerajinan mu itu..aku disini selalu akan menyokong mu dari belakang..tidak hairan lah kau diberi anugerah pekerja TM terbaik 2011 yang pada mulanya aku muskil kelayakkan kamu untuk menerima anugerah itu..hehehe..keadaan anak jangan dikau risau..karna aku ada untuk menajdi ayah dan ibu pada anak kita..(sengal)..umhh..cukup la..dari aku mengarut jauh lagi..jumpa di lain entry je..



Jul 22, 2013

~chef izat~

(paprik udang)
 
 
 (asam pedas ikan siakap dengan kangkung goreng belacan)


(gulai ikan janahak,keli masak cili, ikan rebus goreng dan ayam kampong)


tu diaaaa..mood masak dah datang..biasanya bulan puasa nie xde maknanya nak masak2 bagai..balik rumah pun dah kul 6 lebih..nak berperang dengan amsyar lagi..mana larat nak masak..tapi semalam tiba2 nak makan paprik udang.kesian pulak kat hubby..asyik makan kat luar je..semalam dia pun keje malam so boleh la bawak bekal untuk sahur sekali..sebelom nie duk mengadu kat aku kawan2 dia semua bawak bekal dia je makan luar..semalam 3,4 lauk aku bagi..nak bekal sangat kan??hahaha..
 
mood nak masak nie pun bukan selalu ada pun..kadang2 je..tak nak masak bukan nya ape..berdua je makan,kadang 2,3 hari baru habis..xpun buang..membazir je..baik makan kat kedai je..senang dan x membazir..cuma bila hujung bulan macam nie nak makan sedap2 better masak je..beli kat luar mahal mak oiiii..kat bazar ramadhan kat area Bandar saujana putra tuh..ayam golek je dah RM20 SEEKOR...xde makna nya nak makan ayam golek kalau dah macam nie..mahal sangat..!!
 
allhamdulillah..sekarang nie..aku banyak belajar masak,dulu masa belom kawin masak meggi n air je la pandai kot..lepas kahwin nie nak x nak kena belajar masak..nak bagi suami rasa air tangan isteri kan!!setakat nie..hubby aku x pernah complain ape2 lagi..dia cakap aku nie kalau masak selipar jepun pun sedap..hurmm!!!aku masak betul2 kang baru tahu..~~padahal dia tuh yg kuat makan..tu la semua makanan sedap je..
 
harap2 mood rajin masak aku nie berkekalan la..dalam bulan puasa nie..dah x lalu dah tekak nie nak telan makanan kedai je..heheh..okey..stop sini dulu..jumpa next entry ye..

Jul 18, 2013

~ujian~

 
 anak penyeri rumahtangga..kadang kala anak jugak adalah ujian allah pada ibubapa.menguji samaada kita mampu bersabar dan menguruskan amanat allah berikan pada kita dengan baik atau pun tidak..terasa masih baru aku buat entry pasal amsyar nie ok je di sekolah baru,minggu nie dia buat hal mengigit di sekolah..hari isnin baru-baru nie balik je keje tengok merah2 kat pipi.ingat nyamuk ke ape..bila Tanya hubby,cikgu amsyar cakap dia kena cakar kat budak lain sebab gigit budak tu..ermm..dia buat hal lagi..masa kat rumah pengasuh dulu pun duk menggigit jugak..pening kepala mama,,malam tu hubby bukan main la nasihat..hari selasa ok la sikit..pas tu semalam cikgu bagitaw lagi..dia gigit pulak..habis merah2 tangan budak tuh..ya allah..nape la si bulat nie..malunya mama dekat cikgu n mak mangsa gigitan dia..cikgu cakap yg first dia gigit sebab sebab berebutkan mainan..pas tu semalam dia gigit sebab budak tu merengek..ermm..amsyar nie memang x suka keadaan bising2 n serabut..kat rumah pun kalau aku n hubby bising2 gelak kuat sikit dia mesti marah2..maybe dia rimas kut budak tu merap je..pastu terus gigit budak tuh,,.teruk la macam nie..takkan la cikgu tu nak jaga amsyar sorang..xnak bising..xnak budak ramai..ingat mama nie banyak duit ke..nak gajikan orang jaga amsyar sorang???banyak cantik!!!

google punya google jumpa satu blog yang bagi petua untuk budak suka mengigit..hope boleh membantu la..

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.
 
b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.
 
c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.
 
d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.
 
e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
 
f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.
 
g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!
 

Jul 14, 2013

~everything running smoothly~

syukur ya allah hari nie hari ke 6 kita berpuasa..walau pun target aku untuk bulan puasa nie tak tercapai2 lagi..ermm..nak tercapai je..usaha x nak kan??..hahaha.target ape??umh..macam biasa la.nak turunkan berat badan..tapi tak jugak turun2..lagi satu nak habiskan baca al quran dalam bulan puasa nie..berape muka dah baca???untuk habiskan satu al quran dalam bulan puasa at least kena baca 4 page setiap kali sembahyang atau 20 page setiap malam..aku nie 4 page je sehari..mana la nak dapat habis..tu pun kadang2 tuang jugak..eisss..(berat nanang ijat nie!)stop la cakap pasal target aku..yang aku nak citer bukan pasal tu sebenarnya..nie hah!!nak citer pasal amsyar and hubby..(nama pun blog aku..mesti le citer pasal family aku..xnak tahu x yah baca ye!!muahahahah..opsss..jaga mulut ijat..jaga mulut..ok2!!)

entry last week kalau x silap aku..aku de citer pasal amsyar first day kat sekolah baru..sekarang dah nak amsuk minggu kedua dia kat sana..allhamdulillah..jauh dari yang aku sangkaan..first time tinggal dia sampai sekarang dia tak menangis langsung..masa hantar dia siap bye2 lagi..syukur sangat allah..kau makbulkan doa aku..betul la doa ibu nie mustajab..ape yang kita nak untuk anak kita..doa lah banyak2..bangun malam buat solat tahajud..solat taubat..solat hajat..dan doa banyak2..in syaa allah..allah tunaikan permintaan kita..tu la yang aku buat bermalam2..mintak allah lindungi dia di saat aku tak mampu nak lindungi dia..sekarang nie aku dah kurang risau..bila tinggal dia kat sana.bila Tanya cikgu dia pun..dia cakap amsyar ok sangat kat sekolah..bila wartu makan..dia makan..wartu tidur dia tidur..syukur sekali lagi ya allah..lega sangat hati nie..

okey..sekarang pasal hubby pengarang jantung iii tuttt!!!.lately aku perhatikan dia cepat sangat x sihat..boleh dikatakan setiap bulan la dia demam..setiap bulan la jugak mc..nak kata x active bersukan..hari2 pergi gym (sebelom puasa dulu la)tapi kat umah aku tengok asyik baring je..asyik ngantuk je..bagi supplement bukanya nak makan..bila Tanya makan ke belum supplement tuh?..cakap dah..tapi supplement mak dia beli lama gile kot..xhabis2 lagi..ermm..cam budak2..amsyar lagi senang kot nak makan ubat..dia sekarang duk sibuk Tanya aku lak..makan ape sebab aku dah jarang sakit..rasanya xde makan ape..aku just ambik Jamu Seri Bonda je..(wah..sempat lagi promo..)hahaha..risau pun ada gak..bila dia asyik xsihat je..umur baru 31..tapi lasak sikit demam..mayb keje kuat sangat kot..dah la tidur tak tentu masa..duk pulak dalam aircon..mana nak sihat..x berpeluh..tapi allhamdulillah..bila slow talk dengan dia..nasihat suh makan ubat n supplement dia boleh terima..sekarang ubat dah makan ikut masa..supplement pun tak payah suruh..dia dah tahu makan sendiri..hah!!macam tu le..


minggu pertama puasa..everything running smoothly..!!syukur..harap2 berkekalan la..tapi kalau asyik ok je..bukan namanya kehidupan lak kan??asyik ok..tanpa diuji..mesti manusia mudah lupa..


Jul 9, 2013

~aku yang beremosi~

tajuk nak gempak je kan??sebenarnya aku nak share dengan ko orang semua tentang satu kejadian wartu aku bercuti di langkawi baru2 nie..serik pun ada jugak bila ingatkan kembali..aku nie sememang nya anti dengan hospital kerajaan nie..bukan nak berlagak or agung-agungkan hospital swasta,tapi dah sememangnya kenyataan yang service di hospital kerajaan sangat la teruk..

nak dijadikan cerita..amsyar malam sebelom kami bertolak ke langkawi dia dah muntah2.badan pun suam2 sikit..tapi aku nie degil nak bawak jugak dia pegi langkawi..x nak berpisah la kunon..masa kat airport dia ok lagi..boleh main2..gelak2..bila naik flight je terus tidur..dalam hati aku nie berbunga2 la..happy semacam ler..aku nak bagi dia tidur puas2..petang nie banyak aktiviti yang menunggu..mesti menarik untuk dia..penerbangan kami ambik masa dalam 1 jam lebih..bila sampai sana amsyar tiba2 macam x bermaya..senyap je..tidak active seperti biasa..hah!!sape kata dia okey??sampai restaurant je..dia dah start muntah2..habis baju n seluar aku..nasib aku dah bawak ubat siap2..tapi ubat muntah aku lupa lak bawak.hati aku mula x tenang..makan pun dah x lalu..ye la..anak dah sihat kan??..tapi aku pujuk hati xpe2 nanti kat bilik dia ok la tuh..mungkin penat sikit..

sampai kat bilik..dalam jam 2 petang, tourist guard dah mintak berkumpul kat lobby hotel untuk next program dalam kul 3.15..mak oii!!mana sempat nak rehat..so hubby aku xbagi aku n amsyar ikut..lagi pun aktiviti petang nie melawat pulau2 kat langkawi..naik boat bagai..lagi pening ler anak aku..so aku pun rehat2 je lakat hotel dengan amsyar..tapi petang tu amsyar asyik muntah2 je..minum susu n muntah balik..badan pun dah lembik..suhu badan pun naik..so aku message la tourist guard tu cakap nak bawak amsyar pegi klinik..kelam kabut jugak k.zila tuh.(tourist guard)..sampai je kat lobby hotel,manager hotel suruh pemandu bawa kami ke hospital kerajaan..hospital kerajaan?? hati aku dah xsedap..aku sempat bagitaw..yang aku nak ke klinik swasta je..kalau xde pun bawak la ke hospital swasta pun..tapi manager sengal tu cakap semua klinik swasta tutup wartu tu..(wartu magrib)nak x nak aku ikut kan la saja..aku sedikit emosi wartu tuh..senyap je x bercakap sepatah pun..

sampai je kat hospital..kami kena register dulu..bagi ic dan isi beberape form..aku dah angin..masa duk isi form boleh pulak pegawai yang bertugas tu duk bergayut kat phone..aku nie macam nak patah pinggang dukung amsyar..15 KG okey!!amsyar pulak bila sakit2 dia memang xnak langsung dengan orang lain..dengan aku je..

okey!!lepas register..kami kena buat pembyaran kat kaunter lain pulak..masuk dalam ruang menunggu..masyaallah ramainya manusia..kerusi pun xde..so k.zila mintak rawatan segera sebab amsyar dah lembik..tapi yang bodohnya..nurse sorang pun xlayan..dia cakap suh masuk n mintak dengan doctor sendiri..aku sabar je!!!hubby try masuk kat bilik rawatan n bagitaw amsyar muntah dari siang tadi..dah lembik..mintak2 dapat la rawatan segera..dengan muka kereknya..cakap ok..masuk n tunggu kat situ..(sambil tunjuk katil)dalam hati aku lega la sikit..at least x payah nak tunggu lama.tapi yang aku geramnya..aku dengan amsyar tunggu dekat sejam..xde pun nurse atau doctor yang dating check..dah la hubby n k.zila kena halau keluar..amsyar pulak duk menagis..siap cakap sakit..sakit..sakit!!!ya allah hati mana yang x beremosi..aku dah nak menagis dah..rupanya kami tetap kena tunggu giliran..bezanya dia bagi katil je..bagi katil bukannya boleh hilangkan sakit!!nie kan kecemasan..baby lak tuh..patut la dapat rawatan segera..aku betul2 tahan marah..bila amsyar start nangis..aku dah tak boleh bersabar..aku dukung amsyar n bawak keluar..sampai kat luar..aku cakap kat laki aku.."bawak amsyar kat swasta..suck!!!bukannya nak bagi rawatan..suh tunggu je..budak nie dah meraung sakit..aku xkan datang lagi hospital kerajaan..suck!!!!!!!!.."agak tinggi jugak suara aku..sambil nagis..hahahah..bila ingat cam bodoh lak..tapi aku geram gila kot!!pegi mati la kalau orang nak tengok pun..k.zila terus cari pemandu..kesian k,zila dia susah payah malam tu..last kami jumpa satu poliklinik dekat area kuah..syukur..!!after makan ubat..n rehat cukup amsyar dah sihat..keesokkannya..dia dah boleh ikut kami jalan2..siap naik boat lagi..heheheh

aku dah ada banyak sejarah dengan hospital kerajaan..dulu pakcik aku meninggal dalam kereta sebab terlampau ikutkan procedure la..nak kena tunggu giliran dan proses yang betul..kalau pesakit dah nazak..mati dulu kot!!aku selalu cakap kat laki aku..by!!!please cari duit banyak2..saya xnak berurusan dengan hospital kerajaan..sakit or bersalin sekali pun..tu je yang aku mintak.!!salah satu sebab benda pertama aku buat lepas aku dapat keje ialah..ambik insuran..Alhamdulillah..amsyar pun aku dah ambilkan insuran..pada ibubapa yang belom ambik insuran lagi untuk anak mereka..plsssss!!!tlg ambik insuran..untuk masa depan anak kamu semua~~melainkan kamu semua duit berkepuk2 je..hehehe

dan lastly aku nak bagi taw..hospital langkawi dan doctor yang bertugas malam tuh (5 july 2012,7.30 mlm) u're suck!!!!

Jul 3, 2013

~anak mama~

hari nie first day amsyar kat sekolah baru..bukan sekolah actually..nursery je..tapi kami sekuarga dah biasa panggil nursery dengan panggilan sekolah..sebelom nie dia duduk dengan baby sitter..dari 1 bulan lebih sampai la setahun lebih..pastu kami pindah rumah..papa decided nak letak amsyar kat nursery..suruh amsyar bergaul katanya..tapi x sampai 2 minggu pun kat sana..amsyar menangis masa hartar tu biasa la..budak kan?awal2 memang macam tuh..tapi yang aku anginnya..puting susu dia boleh tertukar dengan budak lain..dah bagitaw..tapi still tak tukar pada puting asal balik..means that dia pun dah xtaw mana2 dah puting susu tuh..budak ramai sangat..yang tukang jaga nya berape orang je..aku report kat JKM baru taw!!
 
ermmm nak dijadikan cerita..satu hari tuh..allah nak tunjuk kat aku..mula2 aku sampai sana..aku dengar pekerja dia menjerit..cakap gila la..sangat x elok untuk didengar oleh budak-budak..angin jugak aku..so aku tanya la kenape??dia cakap ada budak baru masuk..so nagis je budak tu...dalam hari aku..)aiii.ambik budak lagi..yang ada pun xsempat nak jaga..)discuss with hubby dan mak mertua..akhirnya hari tuh jadi hari terakhir amsyar kat situ..xingin aku..dia belajar bukan2 kat sana..niat dihati nak call je owner dia bagi taw staff dia macam tu..hubby lak x bagi..kan x pasal2 kena maki kat aku..hal melibatkan anak jangan main2 dengan aku ye!!
 
okey!!pastu aku aku fikir punya fikir balik..aku nak hantar kat baby sitter balik la.amsyar kecik lagi..dia xsesuai kot duduk dalam suasana ramai2 macam tu..so aku hantar dia kat kawan aku di area shah alam..jauh2 tuh memang le jauh..tapi aku ok je..asalkan hati senang..kat situ hampir 4 bulan jugak..tapi kawan aku tu..bulan puasa nie dia dah start nak berniaga..so x boleh jaga amsyar dah..aduh..pening balik nak cari tempat lain..hubby aku nie suh aku letak kat nursery balik..nak x nak kena la ikut..survey punya survey..nasib la jumpa satu nursery yang budak dia baru 5 orang..ramai sangat..owner dia baru buka branch baru..harap sesuai la dengan amsyar..
 
pening sebenarnya nak fikir atau decide ape2 untuk anak..sebab kita mak nie sure mahukan yang terbaik untuk anak..sempat la jugak x tidur semalaman duk fikir..sempat la jugak menangis sebab terlalu risau..sampaikan hubby aku cakap..dia selalu doakan aku lepas sembahyang supaya jangan over..anak ok je aku nie yang lebih..eisss..dia laki mana tahu..aku yang susah pregnant pas tu beranak lagi..dia tahu order je!!!hahah..
 
okey amsyar..mama buat entry nie khas untuk amsyar..mama nak bila amsyar besar dan boleh baca entri mama nie..amsyar akan tahu perasaan mama.mana la tahu umur mama tak panjang,mama xsempat tunjukkan kasih saying mama pada amsyar..mama nak amsyar tahu yang mama sayang amsyar lebih dari nyawa dan diri mama..mama x marah sikit pun bila mama susah hati pasal amsyar..mama x kisah kalau mama xboleh tidur sebab fikirkan terbaik untuk amsyar..sebab mama tahu amsyar anugerah allah pada mama dan amsyar harta tidak ternilai pada mama.jauh dihati mama,mama sedih sebab mama x mampu nak jaga amsyar sendiri..mama sedih sebab terpaksa tinggalkan amsyar pada orang yang amsyar xkenal..tapi mama terpaksa..mama kena keluar cari rezeki untuk pastikan amsyar hidup selesa..mama x nak amsyar rasa ape yang mama rasa dulu..allah sahaja yang tahu hati dan perasaaan mama..mama harap suatu hari nanti amsyar akan faham dan tahu kasih sayang mama pada anak mama!!ini semua kerana amsyar ANAK MAMA!!
 

Jul 1, 2013

~mari bersyukur~

 eis...asyik aku je buat keje rumah?dia sedap2 je boleh relek.!!!ermm..aku je kena jaga anak..dia tahu semua dah beres!!

hah??mesti selalu ayat tu bermain di kepala puan-puan kan??xpayah cakap orang lain le..aku sendiri pun selalu fikir macam tu..terutama bila penat..ye la..sibuk kat office pastu malam sibuk kat rumah pulak..menguruskan rumah dan anak-anak..tiba2 hari nie kau nak memotivasikan diri..so jom kita baca tip nie untuk memperbaiki lagi diri..aku bukan nak tujukan pada sesiapa..tips nie untuk diri aku sendiri..yang kadang-kadang tersasar jauh dan tidak bersyukur dengan nikmat yang allah kurniakan..


Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.
Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.


Ucap syukur kerana Anda dapat tidur makam tadi Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.

Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.

Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.

Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalaah orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenalakan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

sumber dari : http://ukirancinta.blogspot.com/2011/01/motivasi-5-tips-bagaimana-membina-sikap.html#ixzz2XrmhPhmh