Jul 18, 2013

~ujian~

 
 anak penyeri rumahtangga..kadang kala anak jugak adalah ujian allah pada ibubapa.menguji samaada kita mampu bersabar dan menguruskan amanat allah berikan pada kita dengan baik atau pun tidak..terasa masih baru aku buat entry pasal amsyar nie ok je di sekolah baru,minggu nie dia buat hal mengigit di sekolah..hari isnin baru-baru nie balik je keje tengok merah2 kat pipi.ingat nyamuk ke ape..bila Tanya hubby,cikgu amsyar cakap dia kena cakar kat budak lain sebab gigit budak tu..ermm..dia buat hal lagi..masa kat rumah pengasuh dulu pun duk menggigit jugak..pening kepala mama,,malam tu hubby bukan main la nasihat..hari selasa ok la sikit..pas tu semalam cikgu bagitaw lagi..dia gigit pulak..habis merah2 tangan budak tuh..ya allah..nape la si bulat nie..malunya mama dekat cikgu n mak mangsa gigitan dia..cikgu cakap yg first dia gigit sebab sebab berebutkan mainan..pas tu semalam dia gigit sebab budak tu merengek..ermm..amsyar nie memang x suka keadaan bising2 n serabut..kat rumah pun kalau aku n hubby bising2 gelak kuat sikit dia mesti marah2..maybe dia rimas kut budak tu merap je..pastu terus gigit budak tuh,,.teruk la macam nie..takkan la cikgu tu nak jaga amsyar sorang..xnak bising..xnak budak ramai..ingat mama nie banyak duit ke..nak gajikan orang jaga amsyar sorang???banyak cantik!!!

google punya google jumpa satu blog yang bagi petua untuk budak suka mengigit..hope boleh membantu la..

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.
 
b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.
 
c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.
 
d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.
 
e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
 
f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.
 
g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!
 

No comments:

Post a Comment