Jul 29, 2013

~anak aku dah besar~

anak aku dah besar bila....
wartu dirumah terasa pantas berjalan..tengok2 dah pukul 12 tgh malam..mana taknya ade je telatah dia yang buat aku x rasa sunyi..
 
anak aku dah besar bila....
balik dari sekolah banyak benda yang di cuba ceritakan pada aku..contoh nya gigit kawannya kat sekolah..pastu aku call Tanya cikgu.cikgu cakap xde pun..dia dah pandai mengusik..
 
anak aku dah besar bila...
pergi ke shopping mall..dia dah tahu pilih baju seluar dia sendiri..bila tunjuk baju..dia dah pandai cakap nak n xnak!!kebiasaan taste dia ok la jugak..
 
anak aku dah besar bila...
sampai je kedai makan..dia sendiri yang order ape yang dia nak minum.. teh ais!!
 
anak aku dah besar bila..
dia dah pandai protest bila nak potong rambut dia..bila Tanya kenape dia akan cakap sakit!!sakit ke potong rambut..rambut je..bukan potong kepala..
 
anak aku dah besar bila...
dia pandai ambik ati aku..bila pakai baju baru..dia akan puji..eeeee..antiknya!!!
 
anak aku dah besar bila...
dia akan cakap.."ma..cedappp!!" selepas makan ape2 yang aku masak!!bodek!!

 
anak oh anak!!
 
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
 
 

No comments:

Post a Comment