Jun 25, 2014

~kemarau~

dah berbulan2 dah kot cuaca x menentu kat Malaysia nie..kejap panas..kejap hujan..sama lah dengan kesihatan kita pun..kejap ok..kejap demam..kejap selsema..last 2 week..sempat la jugak kami demam berjemaah nie..bermula dengan aku..pastu anak hingga la hubby aku pun demam jugak.demam atau selsema nie ..kalau orang tua cam aku dan hubby aku nie xpe la jugak..kalau libatkan anak aku nie yang risau sikit..amsyar nie kalau selsema mesti lama..pastu mula la malam meragam..tidur pun x lena sangat..susah nak bernafas..tambahan pulak duk nursery lagi le susah nak baik..rasanya..kalau dah sekali demam hampir sebulan la jugak baru ok..

kat sini aku nak share nasihat kesihatan pada orang ramai pada musim kemarau nie..:-

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepalaKeletihanLemah tumpuanPeningLemah otot–otot atau kekejanganMual dan muntahKeadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan>>Hadkan aktiviti luar>>Kerap berehat>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.>>Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.>>Bersenam dalam cuaca panas
5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
>>Keluar dari kawasan yang panas>>Tanggalkan pakaian yang ketat>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan>>Minum air setiap 15 minit>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 
 
gambar sekadar hiasan
 
nota kaki:- sama2 la kita jaga kesihatan ye..tambahan lagi dah dekat nak puasa nie..btw selamat berpuasa semua..
 

No comments:

Post a Comment