Jul 29, 2013

~anak aku dah besar~

anak aku dah besar bila....
wartu dirumah terasa pantas berjalan..tengok2 dah pukul 12 tgh malam..mana taknya ade je telatah dia yang buat aku x rasa sunyi..
 
anak aku dah besar bila....
balik dari sekolah banyak benda yang di cuba ceritakan pada aku..contoh nya gigit kawannya kat sekolah..pastu aku call Tanya cikgu.cikgu cakap xde pun..dia dah pandai mengusik..
 
anak aku dah besar bila...
pergi ke shopping mall..dia dah tahu pilih baju seluar dia sendiri..bila tunjuk baju..dia dah pandai cakap nak n xnak!!kebiasaan taste dia ok la jugak..
 
anak aku dah besar bila...
sampai je kedai makan..dia sendiri yang order ape yang dia nak minum.. teh ais!!
 
anak aku dah besar bila..
dia dah pandai protest bila nak potong rambut dia..bila Tanya kenape dia akan cakap sakit!!sakit ke potong rambut..rambut je..bukan potong kepala..
 
anak aku dah besar bila...
dia pandai ambik ati aku..bila pakai baju baru..dia akan puji..eeeee..antiknya!!!
 
anak aku dah besar bila...
dia akan cakap.."ma..cedappp!!" selepas makan ape2 yang aku masak!!bodek!!

 
anak oh anak!!
 
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
 
 

Jul 23, 2013

~sesi Membodek~

 
cuba kalian tengok whatapp diatas..manis sungguh bicara toklaki ambo..bila nak mintak ot..hehe..siap pancing ambo dengan g make colek lagi..mentang2 le ambo duk mengidam colek lama dah..heheh..

yang sebenar benarnya aku nak citer pasal husband aku A.K.A mohd teyi (sebutan amsyar).semenjak dua menjak nie..tidak tahu mengapa dia di anugerahkan kerajinan yang amat sangat..asyik kejeeee je dia..kebiasaannya 2 minggu awal dia akan bagitaw jadual keje dia pada aku..takut aku pengsan terkejut kot..dengan aku nie dah la de sawan garang nie..dia biasanya akan bagitaw bila dia akan keje lebih masa dan bila dia cuti..tapi kalau keje tu last mint dia dapat tahu..bermula la sesi membodek seperti di whataap diatas..taburi aku dengan janji2 manis dia..kebiasaan nya janji makanan le..dia sudah arif kot dengan bini dia yang suka makan nie..seikhlas nya aku tak kesah..sebab aku tahu keadaan kewangan kami,kalau tak keje lebih masa memang de la nak menyimpannya..cukup2 cukup je setiap bulan..kebetulan pulak dengan kami baru je naik rumah baru awal tahun hari tu..lagi le banyak duit dah dihabiskan dengan cemerlang dan jayanya..so nak ganti balik duit simpanan dan menyara kos idup yang meningkat kena hubby dan aku keje kuat sikit..cuma yang merisaukan dihati..keadaan kesihatan toklaki aku nie..kebiasaannya bila dia keje kuat..mesti le demam..nak buat macam mana..berdoa je la..mintak allah murahkan rejeki duit dan juga rejeki kesihatan kepada dia..amin!!!

tapi sebenarnya bersyukur sangat aku nie dapat laki macam dia..tak banyak kerenah..sangat senang diuruskan..mintak je la ape pun..kalau dia mampu sure dia tunaikan..kadang2 bila dia x boleh bagi ape yang aku mintak..perasan jugak dia macam jiwa kacau sikit..hahah..sebelom dia buat puisi yang menyentuh jiwa dan raga aku,baik aku tarik balik ape yang aku mintak tuh..okey la by  teruskan kerajinan mu itu..aku disini selalu akan menyokong mu dari belakang..tidak hairan lah kau diberi anugerah pekerja TM terbaik 2011 yang pada mulanya aku muskil kelayakkan kamu untuk menerima anugerah itu..hehehe..keadaan anak jangan dikau risau..karna aku ada untuk menajdi ayah dan ibu pada anak kita..(sengal)..umhh..cukup la..dari aku mengarut jauh lagi..jumpa di lain entry je..



Jul 22, 2013

~chef izat~

(paprik udang)
 
 
 (asam pedas ikan siakap dengan kangkung goreng belacan)


(gulai ikan janahak,keli masak cili, ikan rebus goreng dan ayam kampong)


tu diaaaa..mood masak dah datang..biasanya bulan puasa nie xde maknanya nak masak2 bagai..balik rumah pun dah kul 6 lebih..nak berperang dengan amsyar lagi..mana larat nak masak..tapi semalam tiba2 nak makan paprik udang.kesian pulak kat hubby..asyik makan kat luar je..semalam dia pun keje malam so boleh la bawak bekal untuk sahur sekali..sebelom nie duk mengadu kat aku kawan2 dia semua bawak bekal dia je makan luar..semalam 3,4 lauk aku bagi..nak bekal sangat kan??hahaha..
 
mood nak masak nie pun bukan selalu ada pun..kadang2 je..tak nak masak bukan nya ape..berdua je makan,kadang 2,3 hari baru habis..xpun buang..membazir je..baik makan kat kedai je..senang dan x membazir..cuma bila hujung bulan macam nie nak makan sedap2 better masak je..beli kat luar mahal mak oiiii..kat bazar ramadhan kat area Bandar saujana putra tuh..ayam golek je dah RM20 SEEKOR...xde makna nya nak makan ayam golek kalau dah macam nie..mahal sangat..!!
 
allhamdulillah..sekarang nie..aku banyak belajar masak,dulu masa belom kawin masak meggi n air je la pandai kot..lepas kahwin nie nak x nak kena belajar masak..nak bagi suami rasa air tangan isteri kan!!setakat nie..hubby aku x pernah complain ape2 lagi..dia cakap aku nie kalau masak selipar jepun pun sedap..hurmm!!!aku masak betul2 kang baru tahu..~~padahal dia tuh yg kuat makan..tu la semua makanan sedap je..
 
harap2 mood rajin masak aku nie berkekalan la..dalam bulan puasa nie..dah x lalu dah tekak nie nak telan makanan kedai je..heheh..okey..stop sini dulu..jumpa next entry ye..

Jul 18, 2013

~ujian~

 
 anak penyeri rumahtangga..kadang kala anak jugak adalah ujian allah pada ibubapa.menguji samaada kita mampu bersabar dan menguruskan amanat allah berikan pada kita dengan baik atau pun tidak..terasa masih baru aku buat entry pasal amsyar nie ok je di sekolah baru,minggu nie dia buat hal mengigit di sekolah..hari isnin baru-baru nie balik je keje tengok merah2 kat pipi.ingat nyamuk ke ape..bila Tanya hubby,cikgu amsyar cakap dia kena cakar kat budak lain sebab gigit budak tu..ermm..dia buat hal lagi..masa kat rumah pengasuh dulu pun duk menggigit jugak..pening kepala mama,,malam tu hubby bukan main la nasihat..hari selasa ok la sikit..pas tu semalam cikgu bagitaw lagi..dia gigit pulak..habis merah2 tangan budak tuh..ya allah..nape la si bulat nie..malunya mama dekat cikgu n mak mangsa gigitan dia..cikgu cakap yg first dia gigit sebab sebab berebutkan mainan..pas tu semalam dia gigit sebab budak tu merengek..ermm..amsyar nie memang x suka keadaan bising2 n serabut..kat rumah pun kalau aku n hubby bising2 gelak kuat sikit dia mesti marah2..maybe dia rimas kut budak tu merap je..pastu terus gigit budak tuh,,.teruk la macam nie..takkan la cikgu tu nak jaga amsyar sorang..xnak bising..xnak budak ramai..ingat mama nie banyak duit ke..nak gajikan orang jaga amsyar sorang???banyak cantik!!!

google punya google jumpa satu blog yang bagi petua untuk budak suka mengigit..hope boleh membantu la..

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.
 
b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.
 
c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.
 
d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.
 
e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
 
f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.
 
g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!