Jan 3, 2011

PoligaMi!!


heheh..seronak gak issue poligami nie..dari kecik sampai besar selalu terdedah dengan issue nie..secara official nyer aku dah arif dengan jawapan lelaki bila kantoi dengan isteri-isteri masing..bila di nilai dan dikaji..jawapan dioorang nie hampair sama je..berpakat ke ape???asalnye nak mengelak dari periuk dan kuali melayang tapi zaman sekarang nie bukan setakat kuali dan periuk melayang..silap-silap haribulan dengan bagi jawapan yang salah nyawa pon boleh melayang..hahahha..jom kita tengok jawapan yang selalu diberikan oleh lelaki bila kantoi kahwin lain.....




  • "abang tak tahu kenapa jadi macam nie..abang buat semua nie tanpa sedar"(mungkin mereka diberi suntikan pelali sebelom diheret ke rumah tok kadi)


  • "abang nak awak dapat payung emas di akhirat nanti..awak xnak???"(payung emas menjadi alasan mereka untuk menutup kesalahan mereka)


  • "abang ikut sunnah nasi sayang"(ini alasan yang biasa didengar..ikut sunnah nabi.tapi kenape sunnah ini sahaja yang diikut..sunnah-sunnah lain???bukan kata nak ikut..ambik tahu pon tidak.)


  • "abang kesihan kan perempuan tu.dia nak berkongsi kasih saja.bukan nak merampas"(berkongsi???,mula-mula berkongsi..bila lama-lama mula nak menguasai sorang-sorang.tidak cukup dengan itu keluarga isteri pertama pulak kena kacau dan bila orang semua dapat tahu,mula buat drama seolah-olah dia yang tertindas!!!hahahah..yang nie memang xboleh blah!!kesihan betul!!


  • "kalau abang dapat undur masa,abang xkan buat benda nie"(kenapa sebelom buat tidak fikir betul-betul.paling melampau ada hati nak poligami tapi satu kriteria yang dibenarkan dalam islam untuk berpoligami pon xada dalam diri)

poligami memang tidak menjadi kesalahan jika betul dengan caranya.Dalam islam juga dibenarkan berpoligami jika mencukupi kriteria.pada lelaki sila berfikir dahulu..mampukah untuk berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab.semua ini perlu ada jawapannya bila mengadap allah diakhirat nanti!!Yang penting mampu kah lelaki semua menjawab!!!

No comments:

Post a Comment